Penyokong MIC Batu Caves bantah calon luar
Ahli MIC Batu Caves tidak puashati dengan calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves dalam pilihanraya umum akan datang.
Ekoran itu kira-kira 20 orang penyokong MIC dari kalangan penduduk Flat Laksamana Jaya, Batu Caves mengadakan perhimpunan aman sebagai membantah pemilihan calon tersebut.
Kumpulan yang diketuai oleh Suriyan Ramulu, turut membawa sepanduk yang berbunyi Calon terjun pasti terjun,Tak nak calon luar, Kami mahu anak jati, kami menolak calon luar - bagi menyuarakan rasa tidakpuasan hati mereka itu.

"Kami percaya MIC bahagian Batu Gombak mempunyai ramai pemimpin MIC yang boleh dipilih sebagai calon untuk bertanding di Dewan Undangan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves.
"Sudah cukup wakil rakyat sekarang dari kalangan orang luar kerana kami lebih selesa dengan anak tempatan," katanya ketika ditemui Malaysiakini petang tadi.
Perhimpunan itu bermula kira-kira jam 6.15 petang dan berakhir pada kira-kira jam 6.30 petang.
Mahu G Jayakumar
Mereka tidak dapat menerima calon baru yang merupakan orang luar yang dipilih oleh Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu untuk bertanding di situ.
Sebaliknya mereka mahu calon tempatan untuk mewakili mereka di DUN Gombak.
Difahamkan ahli jawatankuasa pusat MIC, T Mohan akan menggantikan penyandang kerusi tersebut, V Jagarasah yang sudah dua penggal mewakili kawasan tersebut. MIC akan mengumumkan senarai calonnya Khamis ini.
Bagaimanapun, bahagian MIC di situ mahukan Ketua MIC Gombak, G Jayakumar dicalonkan bertanding di situ.
Sementara itu, seorang pemimpin MIC bahagian Batu Caves, ketika dihubungi, memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa pihaknya telah menemui Samy Vellu pagi ini untuk merayu supaya Jayakumar dicalonkan bertanding di situ.
"Samy Vellu bagaimanapun mahu kami menyokong calon pilihannya, yang menurutnya adalah Mohan," kata pemimpin tersebut.
"Beliau berkata Mohan adalah calon terbaik untuk kerusi tersebut. Malah, beliau memberi amaran kepada kami, jika kami tidak menyokong calon pilihanya, beliau akan serahkan kerusi tersebut kepada Umno," tambahnya.
Calon tempatan
Pemimpin itu berkata, Samy Vellu memberitahu mereka yang beliau tidak yakin dengan kemampuan pemimpin MIC tempatan untuk mengekalkan kerusi tersebut.
Bagaimanapun, para pemimpin MIC di situ mempertikaikannya dan berkata Jayakumar mempunyai kemampuan dan sokongan akar umbi serta parti-parti komponen BN yang lain di kawasan tersebut.
Jayakumar, 53, seorang ahli perniagaan dan menjadi ahli MIC sejak lebih 30 tahun lalu, enggan mengulas ketika dihubungi. Jayakumar bagaimanapun berkata beliau kecewa kerana calon tempatan tidak dipilih untuk mempertahankan kerusi tersebut.
Seorang pengerusi cawangan MIC di Batu Caves berkata calon dari luar tidak akan mempunyai sepenuh masa untuk berkhidmat kepada rakyat di situ.
"Pada Jagarasah. Beliau dari Tanjung Karang dan semua kakitangannya adalah orang luar. Beliau tidak mengambil seorang pun ahli MIC tempatan. Jadi, bagaimana mereka hendak tahu masalah dan isu-isu di kawasan ini?" soalnya.
Bagaimanapun, kepimpinan MIC di Batu Caves tidak akan berputus asa dan berharap Samy Vellu akan mengubah fikirannya.