Anggota Bersih dibebaskan tanpa syarat
Tiga anggota pakatan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), yang ditahan sejak Jumaat dan Sabtu lalu, dibebaskan tanpa syarat hari ini.
Ketika dihubungi, peguam mereka Amer Hamzah berkata polis tidak menyatakan sebab mereka dibebaskan.
Mereka yang dibebaskan, ketua penerangan PKR Tian Chua, penyelaras media parti itu Ginnie Lim dan ahli PAS Jalaluddin Abdul Manap.

Tian dan Jalaluddin, juga dikenali Pak Amjal, ditahan di depan Istana Negara minggu lepas ketika cuba menyerahkan memorandum gabungan itu.
Manakala Lim pula ditahan keesokannya sewaktu berada di balai polis Brickfields, tempat dua orang itu ditahan, untuk mendesak mereka dibebaskan.
Dalam memorandum tersebut, Bersih mendesak satu suruhanjaya diraja dibentuk bagi mereformasi sistem pilihanraya selepas pilihanraya umum ke-12.
Mereka juga mendesak:
- Suruhanjaya Pilihanraya mewajibkan semua pengundi ditanda dengan dakwat yang tidak mudah padam
- pemansuhan amalan undi pos di kalangan kakitangan tentera dan polis,
- liputan media yang bebas dan adil kepada semua parti dan calon bertanding,
- tempoh berkempen selama 21 hari.
Ketika mengumumkan hari penamaan calon dan hari pengundian pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman tidak mengesahkan sama ada akan memperkenalkan langkah menanda kuku pengundi dengan dakwat.