Satu lawan satu hadapi BN: Anwar
Pakatan pembangkang selesai mengagihkan kerusi bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-12, kata penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Persetujuan itu dicapai selepas perbincangan dengan kepemimpinan dua sekutunya, DAP dan PAS.

"Untuk Semenanjung Malaysia, pada umumnya perbincangan mengenai pembahagian kerusi telah selesai, kita sedang memperincikan butiran terhadap satu atau dua kerusi, katanya malam tadi selepas menyampaikan satu ceramah di Petaling Jaya.
"Kita akan menentang calon BN, satu lawan satu," beliau dipetik sebagai berkata.
Menurut Bernama , Anwar berkata perbincangan diteruskan untuk pengagihan kerusi di antara ketiga-tiga parti itu di Sarawak dan keputusan akan dicapai pada masa terdekat.
Sehingga kini, hanya isteri beliau Dr Wan Azizah Wan Ismail disahkan mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh, manakala calon lain belum diputuskan secara muktamad, laporan itu dipetik.
Sementara itu PKR Pulau Pinang akan mengumumkan senarai penuh calonnya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen Jumaat ini.
Menurut pengerusi Jawatankuasa Perhubungan PKR negeri itu Datuk Zahrain Mohd Hashim berkata majlis pengumuman akan diadakan pada 8 malam di pejabat PKR di Taman Selasih, Seberang Jaya.
Zahrain berkata PKR akan meletakkan calon di lima kerusi parlimen - Bayan Baru, Permatang Pauh, Balik Pulau, Tasek Gelugor dan Nibong Tebal - dan 16 kerusi DUN.