Trump alu-alukan perjanjian pertahanan bersama Makkah
Diterbitkan: Aug 17, 2026 11:16 AM
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengalu-alukan pemeteraian Perjanjian Pertahanan Bersama Makkah oleh Türkiye, Pakistan dan Arab Saudi, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Sangat gembira melihat Arab Saudi, Türkiye dan Pakistan baru-baru ini, dan akhirnya menandatangani Perjanjian Pertahanan Bersama Makkah,” kata beliau menerusi platform Truth Social pada Ahad.
Trump berkata perjanjian itu menunjukkan bagaimana negara-negara di Asia Barat semakin bersatu dan akhirnya mampu mempertahankan diri dengan lebih berkesan.
“Tahniah kepada kepimpinan hebat ketiga-tiga negara berkenaan. Ini merupakan langkah pertama yang besar, berani dan penting — wau!” kata Trump.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/04/2e42e5138a31d0b937c9d7eab55267f0.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.