Naib Presiden MIC, Datuk S Sothinathan yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Kemang di Negeri Sembilan walaupun pemerhati politik meramalkan pengundi akan beralih menyokong pembangkang dalam pilihanraya umum kali ini.

Beliau juga menolak ramalan bahawa pengundi Melayu dan India di kawasannya tidak puashati dengan Barisan Nasional (BN).

"Setiap hari saya ke sana untuk berceramah dan saya tidak nampak apa-apa petanda yang menunjukkan perkara tersebut (peralihan undi)," kata Sothinathan kepada Malaysiakini dalam temubual melalui telefon semalam.

ijok by election mic campaign 250407 sothinathan Ditanya sama ada beliau yakin dapat mempertahankan kerusi tersebut, timbalan menteri sumber asli dan alam sekitar itu menjawab: "Tiada masalah langsung."

"Saya mengadakan sekurang-kurangnya dua ceramah setiap hari, satu untuk masyarakat Melayu dan satu lagi untuk masyarakat Cina dan India.

"Saya telah melakukannya sejak 10 hari lalu, saya tidak nampak apa-apa petanda mengenainya atau mendengar orang bercakap mengenainya (pengundi menyokong pembangkang)," katanya.

Baru-baru ini, beliau juga menolak dakwaan Presiden PPP, Datuk M Kayveas bahawa kira-kira 3,000 ahli MIC telah menyertai PPP kerana tidak puashati dengan kepimpinan parti tersebut di situ.

"Saya mempunyai kira-kira 11,000 ahli dalam bahagian saya. Mereka semua ada dan saya tidak tahu siapa yang keluar parti. Mungkin 3,000 ahli itu jatuh dari langit atau dikutip dari tepi jalan," katanya seperti yang dilaporkan dalam media.

Dalam pilihanraya umum 2004, Sothinathan menang kerusi Teluk Kemang dengan menewaskan calon PKR, Ab Manap Sahardin dengan majoriti 17,777 undi.

MIC yakin kekal kerusi

hindraf british petition rally 251107 t-shirt Sementara itu, naib presiden MIC itu juga yakin partinya akan mempertahankan sembilan lagi kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihanraya umum 8 Mac ini.

MIC menjadi sasaran selepas perhimpunan anjuran Hindraf pada 25 November lalu disertai oleh kira-kira 30,000 orang, khususnya kaum India di ibunegara.

Parti itu dan barisan kepimpinannya dikritik hebat kerana didakwa gagal meningkatkan taraf hidup masyarakat India di negara ini.

Ekoran peristiwa tersebut, para pemerhati politik membuat spekulasi mengenai kemungkinan masyarakat India - yang selama ini setia menyokong Barisan Nasional (BN) - akan beralih me gundi pembangkang dalam pilihanraya umum kali ini.

Bagaimanapun, Sothinathan tetap positif dengan keputusan pilihanraya umum kali ini.

"Kita amat yakin mengenainya tetapi kita perlu bekerja kuat. Jika kita bekerja kuat, kita pasti dapat mempertahankan semua kerusi kita," katanya.

indian crowd malaysia 291107 Beliau juga percaya, strategi memperkenalkan lebih ramai muka baru sebagai calon, akan menarik sokongan yang lebih besar terhadap parti tersebut.

Kecam pengkritik

Ditanya mengenai kritikan terhadap MIC, naib presiden MIC itu berkata tidak siapapun yang boleh menuduh parti itu tidak memainkan peranannya.

"Kita sentiasa menyuarakan masalah yang dihadapi oleh masyarakat (India). Lebih banyak lagi yang perlu dilakukan, itu sahaja," jelasnya.

Beliau juga mengecam para pengkritik parti tersebut, dengan berkata mereka tidak pernah berbuat apa-apa untuk membantu masyarakat India tetapi hanya "asyik menyalak" sahaja.

"Kita yang melakukan semua itu untuk masyarakat dan mereka (pengkritik) minta kita menyenaraikan apa yang kita telah lakukan. Jika mereka begitu mengambil berat tentang masyarakat (India), maka mereka patut, sekurang-kurangnya, melakukan sesuatu (untuk masyarakat).

"Apa yang telah mereka sumbangkan? Mereka tidak berbuat apa-apa (untuk membantu) tetapi hanya asyik mengkritik mereka yang melakukannya," tambah beliau.

Sambil mengakui bahawa lebih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk masyarakat India, Sothinathan berkata, adalah penting bagi kaum India kekal bersatu untuk mencapainya.

"Kita perlu bekerja keras dan memastikan kita bersatu padu. Untuk berbuat demikian, kita perlu bersatu dan berkerjasama.

"Kita tidak boleh berpecah menjadi kumpulan-kumpulan kecil, tiada siapa yang akan mendengar atau menghormatai kita," tambahnya.

Samy Vellu masih relevan

ijok by election samy vellu interview 250407 points Mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu yang kini berusia 72 tahun sudah terlalu lama memimpin sejak 28 tahun lalu, Sothinathan berkata seseorang pemimpin seharusnya berkhidmat selagi rakyat dan parti memerlukan mereka berbuat demikian.

"Pada hari parti menolak seseorang, itulah harinya beliau harus melepaskan jawatannya," kataya sambil menambah, bahawa beliau percaya Samy Vellu masih lagi boleh memberi sumbangan.

"Parti menyokong beliau sepenuhnya. Malah, dalam pemilihan (parti), beliau menang tanpa bertanding. Jadi mengapa dituduh beliau terlalu lama memimpin parti," katanya.

Ditanya mengenai masalah-masalah yang dihadapi pemimpin MIC, termasuk presidennya, yang diganggu dan menjadi sasaran kemarahan orang ramai, Sothinathan percaya semua itu adalah kes terpecil.

"Ini hanyalah satu percubaan oleh satu kumpul kecil yang cuba mencetuskan kejadian yang tidak diingnini. Saya tidak nampak ianya sebagai satu sentimen umum di kalangan masyarakat India," katanya.

Sothinathan, yang dilhat sebagai bakal calon presiden MIC dalam masa depan, juga ditanya mengenai langkah-langkah baru yang akan beliau laksanakan jika beliau memegang jawatan tersebut.

"Saya akan mematuhi parti dan melakukan yang terbaik untuk parti. Pada masa ini, kita tidak bimbang sangat mengenai apa yang ada untuk saya esok, saya lebih pentingkan apa yang saya boleh buat untuk parti dan masyarakat hari ini," katanya. Berita asal