DAP-PKR bakal bertembung di Sarawak
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bakal bertembung tiga penjuru dengan BN sekurang-kurangnya di empat daripada tujuh kerusi parlimen bermajoriti Cina di Sarawak jika dua parti pembangkang itu gagal mencapai kata sepakat.
Ketua perhubungan PKR Sarawak, Dominique Ng Kim Ho, yang juga wakil rakyat Padungan, mengumumkan niat parti itu untuk meletakkan calon di Bandar Kuching dan Stampin di Kuching, Sibu danjuga Miri, selain 15 lagi kerusi Melayu, Melanau dan Dayak.

Pemimpin-pemimpin atas dua parti pembangkang itu masih lagi berunding di Kuala Lumpur untuk mengelak pertembungan sesama sendiri di negeri itu.
Namun menyedari DAP negeri tidak berkemungkinan melepaskan walaupun satu kerusi bermajoriti Cina, Ng memberitahu media bahawa beliau sendiri akan bertanding di kerusi Bandar Kuching menentang penyandang dari DAP, Chong Chieng Jen, dan calon BN-SUPP, Allan Sim.
Pengarah pilihanraya PKR negeri Baharuddin Mokhsen hari ini mendedahkan nama 19 kawasan parlimen yang menjadi sasaran parti itu.
Kerusi-kerusi itu ialah Santubong, Petra Jaya, Bandar Kuching, Stampin, Kota Samarahan, Mambong, Batang Sadong, Sratok, Tanjung Manis, Igan, Julau, Sibu, Mukah, Kapit, Sibuti, Miri, Limbang, Lawas dan Hulu Rajang.
Beliau bagaimanapun berkata Hulu Rajang mungkin ditandingi oleh Parti Nasional Sarawak (Snap).
"Kami sendiri telah mengenal pasti seorang calon yang baik di situ (sekarang disandang wakil BN-PRS, Billy Abit Jo)," tambahnya.
Ditanya sama ada PKR bersedia bertembung tiga penjuru di kawasan itu seperti Bandar Kuching, Ng berkata keadaannya tidak semestinya begitu.
"Di Bandar Kuching kami mempunyai penyokong yang membentuk 45 peratus pemilih dan juga ramai anggota SUPP yang tidak berpuas hati," katanya.
PKR kini sedang berkempen untuk kerusi Stampin diserahkan kepada pengerusi cawangan itu See Chee How.
Pemimpin DAP negeri Wong Ho Leng, yang juga wakil rakyat Bukit Assek, berkata beliau enggan mengulas pengagihan kerusi kerana perundingan masih berlangsung.
Bagaimanapun, sumber-sumber menyebut parti itu enggan menyerahkan satu pun kerusi bermajoriti Cina dengan alasan PKR tidak mendapat dukungan daripada pemilih daripada kaum itu. Berita asal