Fong hubungi DAP, kata Guan Eng
Selepas beberapa jam menegaskan pendiriannya tidak mahu bertanding lagi di Batu Gajah, Fong Po Kuan menghubungi setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.
"Saya sampaikan kepadanya perasaan kecewa dan perit yang dialami parti ini selepas keengganannya (bertanding) yang tiba-tiba yang turut mengganggu kami dan kerja-kerja persiapan pilihanraya," kata Lim dalam kenyataan hari ini.
Selepas beberapa jam menegaskan pendiriannya tidak mahu bertanding lagi di Batu Gajah, Fong Po Kuan menghubungi setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.
"Saya sampaikan kepadanya perasaan kecewa dan perit yang dialami parti ini selepas keengganannya (bertanding) secara tiba-tiba yang turut mengganggu kami dan kerja-kerja persiapan pilihanraya," kata Lim dalam kenyataan hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak menyebut butiran perbualan mereka.
Sejak mengumumkan tidak mempertahankan kerusinya selama dua penggal Ahad lalu, Fong gagal dihubungi oleh pemimpin-pemimpin DAP.
Melalui blognya, Fong semalam memohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan telefon, mesej, emel dan komentar pengunjung blognya.
Beliau juga mengulangi pendiriannya untuk tidak bertanding di kerusi itu, yang membimbangkan pemimpin-pemimpin DAP bahawa ia akan jatuh ke tangan calon BN.
Lim menegaskan DAP akan terus memujuk ahli politik wanita itu menimbangkan semula keputusannya dan bertanding dalam pilihanraya umum 8 Mac ini.

