Mat Sabu lebih suka P. Pinang
Naib presiden PAS, yang diberikan pilihan bertanding di parlimen Kuala Terengganu, lebih suka jika berpeluang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang.
Mohamad Sabu berkata walaupun dicalonkan di Terengganu, beliau lebih selesa bertanding di negeri kelahirannya itu, lapor Bernama .
"Saya mengesahkan akan bertanding pada pilihan raya kali ini. Walaupun kerusi DUN di Pulau Pinang menjadi pilihan kedua yang diberikan kepada saya, saya lebih yakin menang," beliau dipetik sebagai berkata semalam.
Naib presiden PAS, yang diberikan pilihan bertanding di parlimen Kuala Terengganu, lebih suka jika berpeluang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang.
Mohamad Sabu berkata walaupun dicalonkan di Terengganu, beliau lebih selesa bertanding di negeri kelahirannya itu, lapor
Bernama
.
"Saya mengesahkan akan bertanding pada pilihan raya kali ini. Walaupun kerusi DUN di Pulau Pinang menjadi pilihan kedua yang diberikan kepada saya, saya lebih yakin menang," beliau dipetik sebagai berkata semalam.
Mohamad selama dua penggal bertanding di Kuala Kedah, kalah pada 2004 selepas menang pada 1999. Sebelum itu beliau menang di kerusi parlimen Nilam Puri, Kelantan.
Sementara itu, tiga calon parti itu yang bakal bertanding di tiga kawasan parlimen di Wilayah Persekutuan diumumkan malam tadi.
Jawatankuasa PAS Pusat Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali akan bertanding di Titiwangsa, pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad (Putrajaya) dan Yang Dipertua PAS Labuan, Matussin Abdul Rahman (Labuan).
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketika pengumuman itu, berkata Terengganu akan mengumumkan calon hari ini, sementara Kedah esok.
Pemimpin-pemimpin peringkat pusat parti pembangkang itu turut diumumkan esok, tambahnya.

