Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KL, PJ, Shah Alam antara kawasan udara tak sihat pagi ini
Diterbitkan:  Aug 28, 2026 1:08 PM
Dikemaskini: 5:08 AM

Sebanyak 20 kawasan di seluruh negara mencatatkan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini dengan Sri Aman di Sarawak merekodkan bacaan tertinggi.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), Sri Aman mencatatkan bacaan IPU 195 iaitu menghampiri tahap sangat tidak sihat, diikuti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (173), Sarikei (153), Miri (120) dan Kuching (114).

Lima kawasan di Selangor turut mencatatkan bacaan melebihi 100, iaitu Johan Setia (154), Shah Alam (152) dan Petaling Jaya (130), selain Cheras (159) dan Batu Muda (152) di Kuala Lumpur.

Trend sama turut dikesan di utara tanah air apabila tiga kawasan di Pulau Pinang iaitu Seberang Perai mencatatkan bacaan 157, diikuti Minden (156) dan Seberang Jaya (152), manakala di Kedah melibatkan Sungai Petani (152) serta Alor Setar (103).

Di Perak, tiga kawasan yang terjejas ialah Taiping (155), Tasek Ipoh (137) dan Seri Manjung (113), sementara Seremban di Negeri Sembilan merekodkan bacaan 108.

Sementara itu, 46 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana dan satu kawasan mencatatkan bacaan baik, manakala tiada kawasan dikesan berada pada tahap sangat tidak sihat atau berbahaya setakat pagi ini.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS