Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kereta terbabas masuk gaung
Diterbitkan:  Sep 1, 2026 9:54 AM
Dikemaskini: 1:54 AM

Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Jalan Hutan Simpan Bagahak, di Lahad Datu, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.38 malam sebelum pasukan tiba di lokasi pada 8.16 malam.

Beliau berkata kemalangan melibatkan Proton Aeroback dipercayai terbabas sendiri ketika melalui selekoh sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira lima meter.

“Terdapat tiga lelaki dewasa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) manakala seorang lagi lelaki dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan.

Sumsoa berkata mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 8.45 malam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS