Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih lagi bertanding di dua kerusi kegemarannya sejak beberapa pilihanraya umum lalu, di parlimen Marang dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang.

hadi awang 010807 Pada 2004, beliau hanya mengekalkan kerusi Rhu Rendang tetapi tewas di Marang dengan majoriti kecil, 163 undi.

Minggu lepas Abdul Hadi menimbulkan sedikit tanda tanya apabila menyatakan bersedia bertanding di kawasan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kepala Batas jika PAS memintanya berbuat demikian.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali, yang mengumumkan senarai tersebut, beralih kerusi ke DUN Alor Limbat, bawah parlimen Marang.

Dalam pilihanraya umum 2004, Mustafa bertanding di Dungun dan DUN Pengkalan Berangan, bersebelahan kerusi yang bakal ditandinginya kali ini, tetapi tewas di kedua-dua kerusi. Beliau menang dua kerusi itu pada 1999.

Kini kerusi parlimen ini akan ditandingi oleh ketua angkatan muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin yang berasal dari Melaka. Seorang lagi calon luar bertanding di kerusi Kuala Terengganu, Mohamad Sabu, yang juga naib presiden PAS.

Sementara ahli jawatankuasa PAS pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, yang sebelum ini bertanding di kerusi parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal, berpindah ke DUN Batu Burok.

Kerusi ini kubu kuat PAS yang disandang peguam dan juga tokoh PAS Datuk Wan Abd Muttalib Embong yang digugurkan. Seorang lagi tokoh veteran PAS yang tidak bertanding kali ini Abu Bakar Chik.

Selain Shamsul Iskandar, enam lagi calon PKR disenaraikan bagi satu kerusi parlimen (Kemaman) dan lima kerusi DUN.

Senarai calon-calon dua parti tersebut, setakat tengah malam tadi, seperti berikut:

Parlimen Besut - Datuk Hussin Awang

Kuala Besut - Nik Muhammad Zawawi Salleh

Kota Putera - (calon PKR)

Jertih - Muhammad Hassan Salleh

Hulu Besut - Mat Zin Hassan

Parlimen Setiu - Mohd Pauzi Muda

Jabi - Dr Azman Ibrahim

Permaisuri - Wan Rahim Wan Hamzah (PKR)

Langkap - Tengku Ahmad Tengku Hussain

Batu Rakit - Samshudin Abdul Wahab

Parlimen Kuala Nerus - Mohd Shukrimun Shamsuddin

Tepoh - Abu Bakar Abdullah

Teluk Pasu - Ridzuan Hashim

Seberang Takir - (calon PKR)

Bukit Tunggal - Dr Alias Razak

Parlimen Kuala Terengganu - Mohamad Sabu

Wakaf Mempelam - Mohd Abdul Wahid Endut

Bandar - Dr Abdul Manaf Che Mat (PKR)

Ladang - Datuk Tengku Hassan Tengku Omar

Batu Burok - Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi

Parlimen Marang - Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Alor Limbat - Datuk Mustafa Ali

Bukit Payong - Mohd Nor Hamzah

Rhu Rendang - Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Pengkalan Berangan - Mohd Deraman

Parlimen Hulu Terengganu - Kamaruzaman Abdullah

Telemong - (calon PKR)

Manir - Datuk Harun Taib

Kuala Berang - Muhyiddin Abdul Rashid

Ajil - Mohd Razki Alias

Parlimen Dungun - Shamsul Iskandar Yusri Mohd Akin (PKR)

Bukit Besi - Nordin Othman

Rantau Abang - Azman Shapawi Abdul Rani

Sura - Wan Hassan Mohd Ramli

Paka - Satiful Bahri Mamat

Parlimen Kemaman - Fariz Musa (PKR)

Kemasik - Mohamad Mahadi Nawi

Kijal - Hazli Jusoh

Cukai - Hanafiah Mat

Air Puteh - Ismail Harun