Atas sebab-sebab kesihatan, Timbalan Presiden MCA, Datuk Chan Kong Choy hari ini mengumumkan tidak bertanding sebarang kerusi dalam pilihanraya umum 8 Mac ini.

chan kong choy Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat MCA petang tadi, Chan berkata beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Selayang di Selangor.

Kerusi tersebut dijangka ditandingi Setiausaha Politiknya, Yoo Wei How, yang juga setiausaha Pemuda Gerakan.

“Ia semata-mata kerana sebab-sebab kesihatan," kata Chan yang juga Menteri Pengangkutan.

Beliau menafikan desas-desus yang mengadakan beliau terpaksa berbuat ekoran skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang.

BN telah memuktamadkan senarai calonya semalam dan nama Chan tidak ada di dalamnya.

Difahamkan Chan telah menemui Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya pagi.

Sidang akhbar Chan itu turut dihadiri oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting.

Chan, 53, berkata, beliau telah menyatakan hasratnya untuk tidak bertanding lapan bulan yang lalu.

Chan sebelum ini terbabit dengan kontroversi skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang tahun lalu di mana projek mega tersebut terpaksa diselamatkan oleh kerajaan membabitkan peruntukan RM4.6 bilion.

September lalu, ketika skandal tersebut hangat diperkatakan, Chan dilapor berlepas ke Australia untuk mendapatkan rawatan perubatan di sana.

Pada masa itu, khabar-khabar angin bertiup kencang bahawa Chan akan melepaskan jawatan menteri, tetapi beliau telah menafikannya.

Dipercayai beliau menerima tekanan daripada Ong supaya meletakkan jawatan.

Sementara, Ong mengumumkan bahawa MCA akan bertanding 40 kerusi Parlimen - sama seperti pilihanraya umum 2004.

Dalam pilihanraya umum lalu, parti itu memenangi 31 kerusi Parlimen .

bm version mca line up for parliament seat 2008 election 210208