Guan Eng - Bagan, Jeff Ooi - Jelutong
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengumumkan untuk bertanding di Bagan bersama enam lagi tokoh parti itu di tujuh kerusi parlimen di Pulau Pinang.
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengumumkan untuk bertanding di Bagan bersama enam lagi calon parti itu di tujuh kerusi parlimen di Pulau Pinang.
Penulis blog terkenal Jeff Ooi, yang menyertai DAP tahun lepas, bertanding di Jelutong, sementara profesor Dr P. Ramasamy di Batu Kawan.
Penyelidik politik DAP Liew Chin Tong bertanding di Bukit Bendera.
Calon-calon lain: Karpal Singh (Bukit Gelugor), Chong Eng (Bukit Mertajam) dan Chow Kon Yeow (Tanjong).
Guan Eng kembali ke pentas politik selepas tidak bertanding dalam dua pilihanraya umum sebelum ini.
Anak tokoh utama DAP, Lim Kit Siang, dilarang aktif berpolitik selepas didapati bersalah bawah Akta Hasutan bersabit kes mendakwa ketua menteri Melaka waktu itu Tan Sri Rahim Thamby Chik merogol gadis bawah umur.
Guan Eng juga dijangka bertanding kerusi DUN Seri Delima.
Di sidang media tadi, bekas ahli parlimen Kota Melaka itu yakin calon-calon DAP akan menang.
"Inilah kali pertama DAP menamakan calon-calonnya lebih awal kerana kami mahu terus berkerja," katanya.
Penyandang kerusi Bagan, naib pengerusi negeri DAP Lim Hock Seng akan bertanding di kerusi Dun Bagan Jermal.
Dalam pakatannya dengan PKR, DAP bertanding di tujuh kerusi parlimen dan 19 kerusi DUN.

