Umno Perak terpaksa berkorban lagi
Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tian Lian Hoe bertanding kerusi Parlimen Lengong selepas Umno Perak bersetuju menyerahkan kerusi tersebut untuk ditandingi calon Gerakan.
Manakala Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) kekal mempertahankan kerusi Parlimen Taiping.
Ia disahkan oleh Pengerusi Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali semasa mengumumkan senarai calon Barisan Nasional (BN) negeri hari ini.
Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tian Lian Hoe bertanding kerusi Parlimen Lengong selepas Umno Perak bersetuju menyerahkan kerusi tersebut untuk ditandingi calon Gerakan.
Manakala Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) kekal mempertahankan kerusi Parlimen Taiping.
Ia disahkan oleh Pengerusi Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali semasa mengumumkan senarai calon Barisan Nasional (BN) negeri hari ini.
Katanya, keputusan itu, walaupun sukar, terpaksa dibuat bagi meleraikan kekusutan apabila Gerakan tetap berpendirian untuk menuntut kembali kerusi Parlimen Taiping miliknya yang dipinjamkan hanya sepenggal kepada PPP pada 2004.
Tajol Rosli berkata, Umno Bahagian Lengong dan Gerik yang paling teruk menerima bahana daripada pergolakan tersebut.
"Kerana kami terpaksa menerima Datuk Tan Lian Hoe bertanding di Lenggong dan Ketua Pemuda Umno Lenggong (Datuk Shamsul Anuar Nasarah) bertanding pula di kawasan Parlimen Gerik dan penyandang Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh tidak bertanding," katanya.
Tajol Rosli kemudian mengumumkan senarai 11 calon bagi kerusi Parlimen dan 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari Umno yang menyaksikan empat muka aru bertanding bagi kerusi Parlimen dan tujuh DUN.
Muka baru
Pada 2004, Umno Perak menyerahkan kerusi Parlimen Bukit Gantang kepada Gerakan sebagai pertukaran kerusi Parlimen Taiping milik Gerakan yang diserah kepada PPP.
Empat calon Parlimen yang baru ialah Bendahari Umno Datuk Seri Azim Mohd Zabidi (Bukit Gantang), Ketua Pemuda Umno Bahagian Parit Mohd Nizar Zakaria (Parit), Pengerusi Majlis Belia Malaysia (MBM) Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Gerik) dan Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat, Datuk Hamzah Zainuddin di Larut.
Nizar menggantikan Datuk Nasaruddin Hashim yang bertanding DUN Bota, Hamzah pula menggantikan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang bertukar ke DUN Kubu Gajah.
Azim yang bertanding bagi kerusi tradisional Umno yang diserahkan kembali leh Gerakan, menggantikan penyandangnnya Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian oe yang bertukar ke Lenggong.
Kedua-dua penyandang kerusi Parlimen Lenggong, Datuk Khamsiyah Yeop dan Parlimen Gerik, Datuk Dr Wan Hashim digugurkan.
Turut digugurkan ialah bekas Speaker Parlimen Tan Sri Ramli Ngah Talib (Pasir Salak) dan digantikan oleh Ketua Bahagian Umno Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman, yang sebelum ini Adun Kampung Gajah. Neliau digantikan oleh Pengerusi Mara, Brig Gen Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin.
Calon digugurkan
Tempat Abdul Hamid diambil oleh Ketua Bahagian Parit Buntar Datuk Abdul Rahman Suliman yang pernah mewakili kawasan itu sebelum ini.
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz kekal di Parlimen Kuala Kangsar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di Padang Rengas, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Zainal Abidin Zin di Bagan Serai dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Husni Hanadzlah di Tambun.
Manakala Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datoh.
Tajol Rosli mempertahankan DUN Pengkalan Hulu.
Dua ketua Pemuda Umno dicalonkan bertanding kali ini. Mereka ialah Pemuda Umno negeri, Zainol Padzi Paharudin (DUN Sungai Manik) dan Naib Ketua Pemuda Umno bahagian Taiping, Zahir Mohd Khaled (Kamunting).
Zainol Padzi menggantikan Datuk Ibrahim Katop manakala Zahir menggantikan ketua Bahagiannya Datuk Dr Abdul Malek Hanafiah.
Dua pemimpin Puteri Umno juga diberi peluang bertanding kali ini. Mereka ialah Ketua Puteri Umno Perak, Dr Wan Norashikin Wan Nordin (DUN Kampung Gajah) dan Norli Mohd Radzi (DUN Tualang Sekah), yang sebelum ini diwakili bapanya yang juga Ketua Bahagian Umno Kampar Datuk Mohd Radzi Manan.
Radzi merupakan anggota exco tunggal dari Umno yang digugurkan.
Lagi muka baru ialah pemangku Ketua Umno Bahagian Teluk Datuk Idris Hashim (DUN Changkat Jong) dan Datuk Wan Khairil Anuar Wan Ahmad (DUN Bukit Chandan) serta Ketua Wanita Bahagian Tanjung Malim Datuk Rosnah Kasim (DUN Hulu Kinta). Pengerusi Felcra Berhad Datuk Nasaruddin Hashim pula dicalonkan di DUN Bota.
Senarai penuh calon Umno Perak.
Parlimen
Gerik : Datuk Samsul Anuar Nasarah
Larut : Datuk Hamzah Zainuddin
Parit Buntar : Datuk Abdul Raman Suliman
Bagan Serai : Datuk Zainal Abidin Zin
Bukit Gantang : Datuk Azim Zabidi
Padang Rengas : Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Tambun : Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
Kuala Kangsar : Datuk Seri Rafidah Aziz
Parit : Mohd Nizar Zakaria
Pasik Salak : Datuk Tajuddin Abdul Rahman
Bagan Datoh : Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Dewan Undangan Negeri
Pengkalan Hulu : Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali
Temenggor : Datuk Hasbullah Osman
Kenering : Datuk Mohd Tarmizi Idris
Kota Tampan : Datuk Saarani Mohamad
Selama : Datuk Daud Mohd Yusof
Kubu Gajah : Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar
Batu Kurau : Kapt. (B) Datuk Mohd Najumudin Alias
Titi Serong : Abu Bakar Mat Ali
Kuala Kurau : Mohd Salleh Mat Disa
Alor Pongsu : Sham Sahat
Gunung Semanggol : Abd. Muhaimin Abd. Rahman Nazri
Selinsing : Datuk Zaili Cha
Changkat Jering : Datuk Mat Isa Ismail
Trong : Datuk Rosli Husin
Kamunting : Zahir Mohd Khalid
Chenderoh : Datuk Siti Salmah Mat Jusak
Lubuk Merbau : Datuk Jamal Nasir Rasdi
Lintang : Datuk Ahamad Pakeh Adam
Manjoi : Datuk Nazri Ismail
Hulu Kinta : Datuk Rosnah Kassim
Bukit Chandan : Datuk Wan Khairil Anuar Wan Ahmad
Manong : Datuk Ramly Zahari
Pengkalan Baharu : Datuk Hamdi Abu Bakar
Belanja : Datuk Mohd. Zaim Abu Hassan
Bota : Datuk Nasaruddin Hashim
Tualang Sekah : Norli Ashilin Mohamed Razdi
Sungai Rapat : Hamidah Osman
Ayer Kuning : Datuk Samsudin Abu Hassan
Sungai Manik : Zainol Padzi Paharuddin
Kampung Gajah : Dr. Wan Norashikin Wan Nordin
Pangkor : Datuk Zambry Abdul Kadir
Rungkup : Datuk Shaarani Mohamed
Changkat Jong : Datuk Idris Hashim
Slim : Datuk Mohd Khusairi Abd Talib

