Anak-anak kepada bekas Presiden Tun Dr Ling Liong Sik dan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah antara 12 muka baru yang akan bertanding mewakili MCA dalam pilihanraya umum 8 Mac depan.

Ling Hee Leong akan bertanding di Parlimen Gopeng manakala dan Chua Tee Yong menggantikan bapanya di Parlimen Labis.

Ling menggantikan bekas setiausaha agung MCA, Tan Sri Ting Chew Peh. Pada 2004, Ting menewaskan calon PKR’s Dr Lee Boon Chye dengan majoriti 14,260 undi.

chan kong choy election quit 210208 stamer Chua dicalon mengganti bapanya yang meletak jawatan Januari lalu selepas terbabit dalam satu skandal seks. Pada 2004, Soi Lek menewas calon DAP, Tee Gey Yan denga majoriti 10,729-undi.

Di samping itu, pucuk pimpinan MCA juga memberi peluang kepada 10 Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) dari parti itu untuk bertanding kerusi Parlimen, dua bekas ahli Parlimen serta 16 muka lama untuk mempertahankan kerusi masing-masing.

Ketika mengumumkan senarai calon tersebut, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata parti itu akan bertanding 40 kerusi Parlimen - sama seperti tahun 2004. MCA memenangi 31 kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum lalu.

bm version mca line up for parliament seat 2008 election 210208 Ong sendiri berpindah kerusi dan tidak bertanding di kerusi lamanya di Tanjong Piai, Johor. Beliau sebaliknya berpindah ke Parlimen Kulai.

Bekas sentiasa politiknya, Wee Jeck Seng dicalonkan bertanding di Tanjung Piai.

Muka baru

Satu lagi muka baru ialah Ketua Pemuda MCA Selayang, Lee Lee Yew untuk kerusi Selayang, menggantikan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy, yang juga Timbalan Presiden MCA, yang menarik diri atas sebab-sebab kesihatan.

Seorang lagi bekas calon yang ditampil semula kali ini ialah Dr Lee Chong Meng untuk merampas kerusi Bukit Bintang dari DAP.

Lee adalah seorang senator dan ketua MCA Bukit Bintang, yang menang kerusi tersebut pada 1995 selepas kemenangan calon DAP ketika itu, Wee Choo Keong dibatalkan atas sebab-sebab teknikal.

Bagaimanapun, beliau tewas kepada calon DAP, Fong Kui Lun dalam pilihanraya umum 1999. Fong mengekalkan kerusi tersebut pada 2004.

Setiausaha Agung, Datuk Ong Ka Chuan yang tewas kepada calon DAP, Fong Po Kuan pada Batu Gajah pada 2004, mencuba nasib di Parlimen Tanjung Malim, yang dianggap kawasan selamat MCA.

Parti itu juga akan bertanding di lima daripada 11 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur. Selain Bukit Bintang, parti itu juga berusaha mengekalkan Wangsa Maju (Yew Teong Look) dan Bandar Tun Razak (Tan Chai Ho).

Ia juga akan cuba merampas Seputeh (Chew Chee Lin) dan Cheras (Jeffrey Goh Sim Ik) dari DAP.

Calon-calon lain ialah Ketua Wanita MCA, Datuk Ng Yen Yen yang akan bertanding di Raub sekali lagi, manakala Naib Presiden, Datuk Ong Tee Keat akan mempertahankan Pandan.

Begitu juga dengan Datin Paduka Chew Mei Fun pula akan bertanding di Petaling Jaya Utara dan Datuk Donald Lim di Petaling Jaya Selatan.