Shahidan Kassim kekal di Tambun Tulang
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang.
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang.
Kenyataan terbarunya di Putrajaya petang ini menamatkan spekulasi bahawa beliau digugurkan.
Shahidan ditemui media selepas menunaikan sembahyang Jumaat di masjid di situ hari ini.
Pengumuman senarai calon Barisan Nasional (BN) Perlis dijangka diumumkan malam ini.
Desas-desus di negeri itu menyebut kedudukan Shahidan akan digantikan dengan calon baru Menteri Besar, Datuk Azmi Khalid, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Malaysiakini sebelum ini menghubungi beberapa pemimpin Umno negeri tetapi mereka berkata tidak menjelaskan mengenainya.
Menurut mereka, senarai calon belum diumumkan.
Pada 2004, Shahidan bertanding di kerusi itu dengan menewaskan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din dengan 1,742 undi.
Azmi pula menang di kerusi parlimen Padang Besar.

