Berita sekitar pilihanraya umum 2008
Menarik, antaranya, SNAP beri laluan pada BN di Labuan dan BN alu-alu sokongan Datuk S Nallakarupan.
Dua calon BN Kelantan tidak pasti
Dua calon BN Kelantan yang telah diumumkan semalam di kerusi-kerusi parlimen Pengkalan Chepa dan Pasir Mas belum pasti bertanding dan sedang menunggu pengesahan.
Profesor madya Dr Abdullah Sudin dicalonkan untuk Pengkalan Chepa, manakala Datuk Abdul Halim Ahmad untuk Pasir Mas.
Nor Yakcop bertanding di Tasek Gelugor
Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, asalnya dispekulasi bertanding di Balik Pulau, hari ini disahkan untuk kerusi Tasek Gelugor di Pulau Pinang.
Kerusi itu disandang Datuk Seri Mohd Shariff Omar, sebelumnya pernah menjadi timbalan Ketua Menteri.
Antara yang menarik ialah SNAP beri laluan pada BN di Labuan, BN alu-alu sokongan Datuk S Nallakarupan.
Dua calon BN Kelantan tidak pasti
Dua calon BN Kelantan yang telah diumumkan semalam di kerusi-kerusi parlimen Pengkalan Chepa dan Pasir Mas belum pasti bertanding dan sedang menunggu pengesahan.
Profesor madya Dr Abdullah Sudin dicalonkan untuk Pengkalan Chepa, manakala Datuk Abdul Halim Ahmad untuk Pasir Mas.
Menurut pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Annuar Musa, keputusan tentang dua calon akan diketahui esok, sehari sebelum penamaan calon.
BN mempunyai calon pengganti jika mereka menolak pelawaan tersebut, katanya.
Sementara itu, setakat berita ini ditulis, PAS dan PKR masih lagi belum menamakan beberapa calon mereka yang bakal bertanding di negeri itu.
PAS belum menamakan calon mereka di Jeli dan Gua Musang, manakala belum mengesahkan nama di kerusi Tanah Merah.
Dua lagi kerusi PKR diisi oleh Saifuddin Nasution Ismail di Machang, dan Abdul Aziz (Ketereh).
Nor Yakcop bertanding di Tasek Gelugor
Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, asalnya dispekulasi bertanding di Balik Pulau, hari ini disahkan untuk kerusi Tasek Gelugor di Pulau Pinang.
Kerusi itu disandang Datuk Seri Mohd Shariff Omar, sebelumnya pernah menjadi timbalan Ketua Menteri.
Nor Mohamed, yang dilantik sebagai senator sejak Januari 2004, pertama kali bertanding dalam pilihanraya.
Kerusinya itu diumumkan oleh pengerusi BN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Snap beri laluan pada calon BN di Bintulu
Parti pembangkang Sarawak, Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) berpuashati dengan khidmat yang diberikan calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Bintulu, Tiong King Sing.
Ekoran itu, parti tersebut tidak akan meletakkan calonnya bertanding kerusi tersebut.
Oleh itu, Timbalan Presidennya, Ting Ling Kiew berkata adalah lebih baik Tiong terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di Parlimen tersebut.
"Tiong telah melakukan yang terbaik sebagai ahli Parlimen bagi Bintulu dan kita merasakan bahawa kita sepatutnya membenarkan beliau
meneruskan bagi sepenggal lagi,", kata Ting kepada Bernama.
Snap tewas teruk dalam pilihanraya Parlimen 2004, apabila calonnya Dr Lau Hieng Kii, hilang wang deposit. Dr Lau hanya memperolehi 2,583 undi berbanding Tiong yang mendapat 20,225 undi.
Calon lain dalam pilihanraya tersebut, Chiew Chin Sing dari DAP, juga tidak bertanding kali ini bagi memberi laluan untuk muka baru Lim Su Kien.
BN alu-alukan sokongan parti Nalla
Barisan Nasional (BN) menyambut baik kesediaan Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) yang diketuai Datuk K.S. Nallakaruppan memberi sokongan kepada BN dalam pilihanraya umum kali ini.
Setiausaha agung BN, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata MUIP menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga pengerusi BN baru-baru ini, dengan berjanji untuk memberikan sokongan kepada parti pemerintah itu.
"Kita mengalu-ngalukan sokongan mereka dan berharap masyarakat India lain akan meneruskan sokongan mereka kepada BN," kata Radzi kepada Bernama.
MUIP dengan keanggotaan berdaftar sebanyak 25,000 orang pada September lalu setelah Nallakaruppan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mei lalu.
Nallakaruppan lebih dikenali dengan hubungan rapat beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

