Orang kuat PAS muka baru di Bachok, Kuala Krai
Timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa memilih untuk bertanding di Bachok, kerusi parlimen ketiga sejak 1999.
Pada 2004, beliau bertanding di Besut, Terengganu tetapi tewas di tangan Datuk Dr. Abdullah Mohd. Zin. Pada 1999, Nasharudin bertanding di Yan, Kedah, dengan menewaskan Datuk Badruddin Amiruldin.
Bendahari pusat PAS Dr Mohd Hatta Md Ramli, yang tewas di Gombak, Selangor sejak dua penggal lalu mencuba nasib di Kuala Krai.
Sementara ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub mempertahankan kerusi Kubang Kerian yang dimenanginya pada 2004.
Timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa memilih untuk bertanding di Bachok, kerusi parlimen ketiga sejak 1999.
Pada 2004, beliau bertanding di Besut, Terengganu tetapi tewas di tangan Datuk Dr. Abdullah Mohd. Zin. Pada 1999, Nasharudin bertanding di Yan, Kedah, dengan menewaskan Datuk Badruddin Amiruldin.
Bendahari pusat PAS Dr Mohd Hatta Md Ramli, yang tewas di Gombak, Selangor sejak dua penggal lalu mencuba nasib di Kuala Krai.
Sementara ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub mempertahankan kerusi Kubang Kerian yang dimenanginya pada 2004.
Tiga-tiga calon dari luar ini meneruskan tradisi PAS Kelantan yang sebelum ini pernah meletakkan Mohamad Sabu bertanding di kerusi parlimen di negeri itu.
Mohamad, yang berasal dari Pulau Pinang, bertanding di Kuala Terengganu dalam pilihanraya kali ini.
Ahli politik kontroversi Datuk Ibrahim Ali, yang berkubu di Pasir Mas, kali ini bertanding atas logo PAS selepas tewas teruk pada 2004 atas tiket bebas. Ibrahim pernah menyertai Umno dan parti Semangat 46.
Manakala bekas wakil rakyat Lunas (Kedah), Saifuddin Nasution Ismail (PKR) bertanding di kerusi Machang. Sebelum dipecat daripada Umno dan kemudian menyertai PKR, Saifuddin adalah aktivis Pemuda PAS dan dekat dengan pemimpin-pemimpin PAS Kelantan khususnya sejak beberapa tahun muktakhir.
Senarai penuh calon seperti berikut:
Parlimen Tumpat - Datuk Kamaruddin Jaafar
Pengkalan Kubor - (calon PKR)
Kelaboran - Mohd Zaki Ibrahim
Pasir Pekan - Datuk Ahmad Yaacob
Wakaf Bharu - Che Abdullah Mat Nawi
Parlimen Pengkalan Chepa - Abd Halim Abd Rahman
Kijang - Wan Ubaidah Omar
Chempaka - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Panchor - Nik Amar Nik Abdullah
Parlimen Kota Bharu - Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
Tanjong Mas - Rohani Ibrahim
Kota Lama - Datuk Anuar Tan
Bunut Payong - Datuk Takiyuddin Hassan
Parlimen Pasir Mas - Datuk Ibrahim Ali
Tendong - Mohamad Md Daud
Pengkalan Pasir - Hanifa Ahmad
Chetok - Abdul Halim Abdul Rahman
Parlimen Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusoff
Meranti - Nassaruddin Daud
Gual Periok - Mohamad Awang
Bukit Tuku - Abdul Fattah Harun
Parlimen Kubang Kerian - Salahuddin Ayub
Salor - Datuk Husam Musa
Pasir Tumboh - Ahmad Baihaki Atiqullah
Demit - Muhamad Mustafa
Parlimen Bachok - Nasharudin Mat Isa
Tawang - Hassan Mahmood
Perupok - Omar Mohamad
Jelawat - Abdul Aziz Abdul Kadir
Parlimen Ketereh - Abdul Aziz (PKR)
Melor - Wan Ismail Ismail Wan Jusoh
Kadok - Azami Mohd Noor
Kok Lanas - Ahmad Rosli Ibrahim
Parlimen Tanah Merah - (calon PKR)
Bukit Panau - Abdul Fattah Mahmood
Gual Ipoh - Wan Yusoff Wan Mustafa
Kemahang - Md Anizam Abdul Rahman
Parlimen Pasir Puteh - Muhammad Hussin
Selising - Drs Saiful Bahrin Mohamad
Limbongan - Drs Zainuddin Awang Hamat
Semerak - Wan Hassan Wan Ibrahim
Gaal - Dr Nik Mazian Nik Kohamad
Parlimen Machang - Saifuddin Nasution Ismail (PKR)
Pulai Chondong - Zulkifli Mamat
Temangan - Dr Mohd Fadzli Hassan
Kemuning - Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman
Parlimen Jeli - (tiada maklumat)
Bukit Bunga - Sufely Abdul Razak
Air Lanas - Abdullah Yaakub
Kuala Balah - (calon PKR)
Parlimen Kuala Krai - Dr Mohd Hatta Md Ramli
Mengkebang - Abdul Latiff Abdul Rahman
Guchil - (calon PKR)
Manek Urai - Ismail Yaacob
Dabong - Arifabillah @ Mohd Asri Ibrahim
Parlimen Gua Musang - (tiada maklumat)
Nenggiri - (calon PKR)
Paloh - (calon PKR)
Galas - Che Hasim Sulaiman

