Sah: Nurul Izzah cabar Shahrizat
Nurul Izzah, anak sulung Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mencabar Datuk Shahrizat Abdul Jalil di kerusi Parlimen Lembah Pantai.
Sebelum ini, Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan mengesahkan bahawa Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mempertahan kerusi tersebut 8 Mac ini.
Senarai calon PKR diumumkan oleh Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali dalam satu sidang akhbar hari ini. Hadir sama ialah Naib Presiden, Azmin Ali dan Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Loh Gwo Burne - yang merakamkan klip video perbualan telefon peguam Datuk VK Lingam - akan bertanding di kerusi Parlimen Kelana Jaya.
Berikut adalah senarai penuh:
Dr Wan Azizah Wan Ismail - presiden PKR (Permatang Pauh)
Khalid Ibrahim - setiausaha agung PKR (Bandar Tun Razak)
Azmin Ali - naib presiden PKR (Gombak)
William Leong - bendahari PKR (Selayang)
R Sivarasa - naib presiden PKR (Subang)
Tian Chua - ketua penerangan PKR (Batu)
Loh Gwo Burne (Kelana Jaya)
Zuraida Kamaruddin- ketua Wanita PKR (Ampang)
Shamsul Iskandar Mohd Akin - ketua Angkatan Muda (Dungun)
Dr Lee Boon Chye - Naib Presiden PKR (Gopeng)
Manakala presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahrir Mohamud akan bertanding di parlimen Pandan.
Peguam Wee Choo Keong, yang juga setiausaha agung Parti Demokratik Malaysia (MDP), akan bertanding bawah tiket PKR di parlimen Wangsa Maju.