Umno dan Gerakan Perak tukar kerusi Parlimen
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali hari ini mengumumkan pertukaran kerusi Parlimen antara calon Umno dan Gerakan bagi kerusi Parlimen Gerik dan Lenggong.
Ekoran pertukaran tersebut, Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe - yang semalam diumumkan bertanding kerusi Lenggong - dipindahkan ke kerusi Parlimen Gerik.
Manakala Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah dipindahkan bertanding di Lenggong.

Shamsul Anuar juga merupakan Ketua Pemuda Umno Bahagian Lenggong.
Menurut Tajol Rosli, pertukaran itu dibuat ekoran bantahan di peringkat akar umbi yang tidak berpuas hati Umno memberi Parlimen Lenggong kepada Gerakan.
Di samping itu, katanya, Tan juga akan menghadapi kesukaran bertanding di Lenggong.
Lenggong dan Gerik merupakan kerusi tradisional Umno. Pada 2004, Tan mewakili kerusi Parlimen Bukit Gantang selepas BN menyerahkan kerusi tradisional Gerakan itu kepada Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M Kayveas.