Aziz Samsuddin jawab bantahan pencalonannya
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Samsuddin berkata beberapa ahli Umno Bahagian Shah Alam berhak menyatakan bantahan terhadap pencalonannya untuk bertanding mempertahankan kerusinya di kawasan berkenaan dalam pilihanraya umum 8 Mac.
Mereka berhak melahirkan rasa berkenaan tetapi apabila Presiden Parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membuat keputusan ia perlu dipatuhi, kata Aziz kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra di Dewan Seksyen 11, di sini hari ini.
"Saya tak pernah minta untuk bertanding, itu bukan (cara) saya. Saya orang parti dan patuh pada parti," katanya mengulas bantahan tersebut.

Bernama memetik beliau sebagai berkata, sebagai manusia kekurangan adalah perkara biasa, namun sikap memaki hamun dengan kata-kata kesat tidak sepatutnya dilakukan kerana ia mengguris banyak hati.
"Saya menerimanya dengan hati terbuka namun ada banyak juga hati yang terguris, kawan-kawan dan anak saya misalnya, tapi tak mengapalah mereka mungkin orang muda cepat marah-marah," katanya.
Abdul Aziz juga berkata beliau tidak melihat perkara itu sebagai masalah baginya menghadapi pilihanraya umum kali ini kerana pada pertemuan semalam dengan dua calon DUN Kota Anggerik dan Batu Tiga telah bersepakat untuk bekerjasama memastikan kemenangan semua kerusi di kawasan Shah Alam.
Pengerusi Umno Shah Alam Datuk Salamon Salamat dan timbalannya Datuk Ahmad Nawawi M Zin masing-masing bertanding bagi DUN Batu Tiga dan Kota Anggerik.
Mengadap Sultan
Terdahulu, pada sebelah pagi, Aziz mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memaklumkan pencalonannya itu seperti diumumkan oleh Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.
Aziz berkata, dalam pertemuan itu Sultan berpesan mahukan Shah Alam bebas dari banjir dan mempunyai perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik termasuk mempunyai rangkaian monorel.
"Saya tidak berjanji tapi saya nekad dan berusaha supaya apa yang Tuanku minta menjadi kenyataan dan ia menjadi tugas yang perlu dilakukan jika saya dipilih nanti," kata beliau.
Abdul Aziz berkata imej Shah Alam perlu sentiasa dijaga kerana ia adalah ibu negeri Selangor dan mempunyai penduduk yang bermentaliti tinggi.