Bantahan Umno Perlis selamatkan Shahidan
Beberapa pemimpin Umno Perlis 'kehilangan arah' seketika apabila nama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, dikatakan tidak dicalonkan, dan membuat keputusan meletakkan jawatan beramai-ramai awal pagi tadi, tetapi menarik balik peletakan itu petang ini.
Perubahan mendadak itu susulan kenyataan Shahidan di Kuala Lumpur bahawa beliau kekal di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang pada pilihanraya umum 8 Mac ini.
"Kami berterima kasih kepada Datuk Seri Abdullah yang sanggup mendengar pandangan kami di negeri dan mencalonkan semula Datuk Seri Shahidan bagi kerusi DUN Tambun Tulang," kata ketua Pemuda Umno bahagian Kangar, Hamuner Hamzah di kediaman rasmi Menteri Besar, di Kangar hari ini.
Beberapa pemimpin Umno Perlis 'kehilangan arah' seketika apabila nama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, dikatakan tidak dicalonkan, dan membuat keputusan meletakkan jawatan beramai-ramai awal pagi tadi, tetapi menarik balik peletakan itu petang tadi.
Perubahan mendadak itu ekoran kenyataan Shahidan di Kuala Lumpur bahawa beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang pada 8 Mac ini.
Sebelum ini, khabar angin tersebar luas bahawa nama Shahidan telah digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) Perlis yang diluluskan oleh pengerusi BN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Kami berterima kasih kepada Datuk Seri Abdullah yang sanggup mendengar pandangan kami di negeri dan mencalonkan semula Datuk Seri Shahidan bagi kerusi DUN Tambun Tulang," kata ketua Pemuda Umno bahagian Kangar, Hamuner Hamzah di kediaman rasmi Menteri Besar di Kangar hari ini.
Bernama
memetik Hamuner sebagai berkata pihaknya akan berdiri teguh di belakang Shahidan dan akan memastikan semua calon BN menang.
"Datuk Seri Shahidan Kassim ialah idola kami dan kami akan bekerja keras untuk memastikan beliau terus menerajui negeri.
Turut menyokong ikrar Pemuda ialah anggota Pergerakan Wanita Umno dan Pergerakan Puteri Umno.
Hamuner berkata, sejak menjadi Menteri Besar Perlis pada 1995, Shahidan sudah melakukan pelbagai usaha, termasuk pembangunan insan, seperti yang dilaungkan oleh Perdana Menteri.
"Perlis memang tidak ada sumber ekonomi yang kukuh, tetapi menerusi kepimpinan Datuk Seri Shahidan, banyak pembaharuan dan pembangunan dapat dilihat di negeri ini.
Jentera lumpuh
"Kami Pemuda, berikrar untuk turut sama menjulang negeri ini sehingga menjadi sebuah negeri yang maju, terutama dengan terlaksananya Koridor Pembangunan Wilayah Utara (NCER)," katanya.
Seperti Hamuner, anggota jawatankuasa Umno bahagian Arau, Fadzil Saad turut menyuarakan rasa gembira apabila Shahidan dicalonkan semula untuk bertanding.
Katanya, rakyat Perlis masih memerlukan kepimpinan Shahidan.
Menurutnya, setiap usaha yang dilakukan oleh Menteri Besar selama ini adalah manifestasi perjuangan beliau yang jujur dan ikhlas dalam membangunkan rakyat Perlis.
"Sehingga ini, belum ada pemimpin tinggi negeri ini yang mampu lakukan seperti Shahidan. Beliau berada di mana sahaja bila diperlukan, saat susah mahupun senang rakyat, Shahidan tetap ada bersama dan kepimpinan seperti itulah yang kami perlukan.
"Kami tidak kisah di mana (parlimen atau DUN) beliau akan diletakkan, yang kami mahukan, Datuk Seri Shahidan terus menjadi wakil kami, memperjuangkan nasib kami dan membangunkan negeri Perlis sama seperti negeri lain," katanya.
Mengenai jentera parti yang lumpuh sementara semalam, Fadzil berkata walaupun ia hanya sementara, itu adalah gambaran yang akan berlaku semasa pilihanraya jika Shahidan terus tercicir.

