Noraini Ahmad tampil di Parit Sulong
Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad telah dicalonkan bertanding kerusi Parlimen Parit Sulong dalam pilihanraya umum 8 Mac ini.
Manakala Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Mohamad Khaled Nordin yang disebut-sebut bakal menteri besar baru Johor, kekal bertanding di Parlimen Pasir Gudang.
Menteri Besar Datuk Seri Abdul Ghani Othman juga kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom.
Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad, dicalonkan bertanding kerusi parlimen Parit Sulong dalam pilihanraya umum 8 Mac ini.
Selepas beberapa lama melobi, termasuk secara terbuka, akhirnya pengerusi BN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menunaikan hasrat pergerakan Puteri Umno untuk melihat ketuanya dicalonkan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Khaled Nordin, yang disebut-sebut bakal dinaikkan sebagai menteri besar baru Johor, kekal bertanding di parlimen Pasir Gudang.
Datuk Shahrir Samad juga dikekalkan di Parlimen Johor Bahru. manakala Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman di Parlimen Pengerang dan Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar kekal di Parlimen Kota Tinggi.
Menteri Besar Datuk Seri Abdul Ghani Othman juga kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom.
Turut dikekalkan di parlimen masing-masing ialah naib presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh); Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishammuddin Tun Hussein (Sembrong) dan Menteri Luar, Datuk Syed Hamid Albar (Kota Tinggi).
Datuk Dr Adham Baba pula kali ini dicalonkan untuk kerusi DUN Pasir Raja, berpindah daripada parlimen Tenggara.
Beliau bertukar kerusi dengan ketua Wanita Umno negeri, Datuk Halimah Sadique Mohamad.
Senarai Calon BN di Johor
Parlimen
Segamat : Dr. S. Subramaniam
Sekijang : Datuk Baharum Mohamed
Labis : Chua Tee Yong (muka baru)
(Menggantikan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek)
Pagoh : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Ledang : Hamim Samuri
Bakri: Tay Puay Chuan (muka baru)
(Menggantikan Datuk Chua Jui Meng)
Muar: Razali Ibrahim
Parit Sulong: Datuk Noraini Ahmad (muka baru)
(Menggantikan Syed Hood Syed Edros)
Ayer Hitam: Dr. Wee Ka Siong
Sri Gading: Datuk Mohamed Aziz
Batu Pahat: Mohd. Puad Zarkashi (muka baru)
(Menggantikan Dr. Junaidy Abdul Wahab)
Simpang Renggam: Liang Teck Meng (muka baru)
(Menggantikan Datuk Kerk Choo Ting)
Kluang: Hou Kok Chung (muka baru)
(Menggantikan Hoo Seong Chang yang berpindah ke DUN Paloh)
Sembrong: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Mersing: Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad
Tenggara: Datuk Halimah Mohamed Sadique
(Berpindah dari DUN Pasir Raja)
Kota Tinggi: Datuk Seri Syed Hamid Albar
Pengerang: Datuk Seri Azalina Othman Said
Tebrau: Ling Ban San @ Teng Boon Soon
Pasir Gudang: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Johor Bahru: Datuk Shahrir Abdul Samad
Pulai: Datuk Nur Jazlan Mohamed
Gelang Patah: Tan Ah Eng
Kulai: Datuk Seri Ong Ka Ting
(Berpindah dari Parlimen Tanjong Piai dan menggantikan Datuk Lim Si Cheng)
Pontian: Ahmad Maslan (muka baru)
(Menggantikan Datuk Hasni Mohammad yang berpindah ke DUN Benut)
Tanjong Piai: Wee Jeck Seng
(Berpindah dari DUN Pekan Nanas)
Dewan Undangan Negeri
Buluh Kasap: Datuk Othman Jais
Jementah: Dr Lee Hong Tee
Pemanis: Lau Chin Hoon
Kemelah : Ayub Rahmat
Tenang: Datuk Sulaiman Taha
Bekok : Tan Kok Hong @ Tan Yi
Bukit Serampang: Tahir Mohd.Taat
Jorak: Dr Saharudin Md. Salleh (muka baru)
(Menggantikan Samat Aripin)
Gambir: M Asojan
Tangkak: Goh Tee Tee (muka baru)
(Menggantikan Datuk Yap Chik Dong)
Serom: Datuk Abdul Ghani Othman
Bentayan: Lee Ching Yong (muka baru)
(Menggantikan Lau Yew Wee)
Sungai Abong: Kamaruddin Suratman (muka baru)
(Menggantikan Datuk Dr. Haris Salleh)
Bukit Naning: Datuk Abdullah @ Md. Khalid Ali
Maharani : Datuk Mohd. Ismail Mohd. Shah
Sungai Balang: Dr. Robia Kosai
Semerah: Datuk Ariss Samsudin
Sri Medan: Ahmad Zahri Jamil
Yong Peng: Lim Kee Moi
Semarang: Datuk Samsol Bari Jamali
Parit Yaani: Ng See Tiong
Parit Raja: Aziz Kaprawi
Penggaram : Koh Chee Chai
Senggarang: Ja'affar Hashim (muka baru)
(Kerusi ini dimenangi Pas pada 2004)
Rengit: Ayub Jamil
Machap: Datuk Abd. Hamid Abd. Rahman
Layang-layang: Onn Mohd. Yassin
Mengkibol:
Gan Ping Shou @ Gan Ping SieuMahkota: Md. Jais Sarday (muka baru)
(Menggantikan Datuk Gapar Gurrohu)
Paloh: Hoo Seong Chang
(Berpindah dari Parlimen Kluang)
Kahang: R Vidyananthan (muka baru)
(menggantikan S Ramis)
Endau: Zainal Abidin Osman
Tenggaroh: T Murukasvary (muka baru)
(menggantikan mendiang Datuk S. Krishnasamy)
Panti: Datuk Baderi Dasuki
Pasir Raja: Datuk Dr Adham Baba
(Berpindah dari Parlimen Tenggara)
Sedili: Rasman Ithnain (muka baru)
(Menggantikan Dr. Abdul Rashid Abd. Mokhti)
J ohor Lama: Asiah Md. Ariff
Penawar: Hamimah Mansor (muka baru)
(Menggantikan Dr. Mohd. Azam Rauzan)
Tanjong Surat: Datuk Harun Abdullah
Tiram: Datuk Maulizan Bujang
Puteri Wangsa: Abdul Halim Suleiman
Johor Jaya: Tan Cher Puk
Permas: M Munusamy (muka baru)
(Menggantikan Datuk K S Balakrishnan)
Tanjong Puteri: Adam Sumiru (muka baru)
(Menggantikan Ali Mohamed)
Stulang: Mok Chek Hou (muka baru)
(Menggantikan Freddie Long Hoo Hin)
Pengkalan Rinting: Chia Song Cheng (muka baru)
(Menggantikan Low Teh Hian)
Kempas: Datuk Osman Sapian
Skudai: Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee
Nusajaya: Datuk Abdul Aziz Sapian
Bukit Permai: Kamaruzaman Ali (muka baru)
(Menggantikan Zainal Abidin Jidin)
Bukit Batu: Cheong Chin Liang
Senai: Chun Yoon Fook
Benut: Datuk Ir. Hasni Mohammad
(Berpindah dari Parlimen Pontian menggantikan Salehon Sengot)
Pulai Sebatang: Datuk Tee Siew Kiong
Pekan Nanas : Tang Nai Soon (muka baru)
(Menggantikan Wee Jeck Seng yang berpindah ke Parlimen Tanjong Piai)
Kukup: Datuk Md Othman Yusof (muka baru)
(Menggantikan Jamilah Endan)

