Tidak cukup dengan rentetan peristiwa panas dan tegang sejak beberapa hari lalu, satu perubahan mengejut muncul lagi dalam senarai calon BN Perlis, pencalonan adik Menteri Besar Perlis untuk bertanding di parlimen Arau ditarik balik.
Tempat senator Ismail Kassim kini diberikan kepada ketua Wanita Umno Perlis, Datuk Mastika Junaidah Husin, muka lama di kerusi itu dan seorang ahli politik wanita yang lantang.

Perubahan mendadak itu diumumkan oleh Datuk Seri Shahidan Kassim dalam satu sidang akhbar terbaru, hanya tiga jam selepas beliau mengumumkan senarai lengkap calon BN pagi tadi.
Sebelumnya, Shahidan mengumumkan adiknya itu dicalonkan bagi menggantikan Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail, yang kali ini dipindahkan ke DUN Pauh.

radzi sheikh ahmad Selain itu, kedudukan calon-calon lain yang diumumkan sebelumnya kekal tidak berubah -- setiausaha agung Umno Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (foto kanan) dan Datuk Seri Azmi Khalid, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, mempertahankan kerusi parlimen masing-masing, Kangar dan Padang Besar.

Kini hanya lapan muka baru yang diketengahkan BN selepas Shahidan berulang-alik ke pejabat pengerusi BN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya.

Lima exco negeri tidak dicalonkan semula.

Senarai calon BN Perlis yang bertanding pada 8 Mac ini:

Parlimen

Padang Besar - Datuk Seri Mohd. Azmi Khalid

Arau - Datuk Mastika Junaidah Husin

Kangar - Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad

Dewan Undang Negeri

Titi Tinggi - Yip Sun Onn (muka baru)

Beseri - Mat Rawi Kassim (muka baru)

Chuping - Mansor Jusoh

Mata Ayer - Khairi Hassan

Santan - Sabry Ahmad

Bintong - Mat Isa Sabu (muka baru)

Sena - Jamil Saad (muka baru)

Indera Kayangan - Dr. Poh Choo Chor (muka baru)

Kuala Perlis - Mat Hassan (muka baru)

Kayang - Ahmad Bakri Ali (muka baru)

Pauh - Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail

Tambun Tulang - Datuk Seri Shahidan Kassim

Guar Sanji - Jefperi Othman

Simpang Empat - Zahari Bakar

Sanglang - Abdullah Hassan (muka baru)