Mahathir: Tidak patut ada dinasti politik
Tidak seharusnya wujud dinasti politik di negara ini, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Sebab itulah, tambahnya, beliau tidak menyediakan laluan cepat dan mudah untuk kerjaya politiknya anaknya Mukhriz sewaktu memimpin negara selama 22 tahun.
Tanpa menjelas lanjut maksudnya itu, Dr Mahathir dipercayai merujuk Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya Khairy Jamaluddin.

Khairy, yang juga naib ketua Pemuda Umno, akan bertanding di parlimen Rembau, Negeri Sembilan pada pilihanraya umum 8 Mac ini, sementara Mukhriz, seorang exco pergerakan itu, bersaing di parlimen Jerlun, Kedah.
Bercakap dalam sidang media di Gombak hari ini, Mahathir berkata walaupun Muhkriz mendapat restunya untuk bertanding atas tiket BN, beliau tidak akan berkempen untuk anaknya.
"Ia (pencalonan Mukhriz) ditentukan oleh kepemimpinan parti (Umno). Saya tidak melobi, saya tidak akan berkata apa-apa," tambah Dr Mahathir, yang melepaskan jawatannya pada 2003.
Mengulas saranan yang dibuat setiausaha agung Umno Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad agar Mukhriz menggantikan tempatnya di Kubang Pasu, beliau enggan melayannya kerana tidak mahu dituduh menyiapkan anaknya sebagai pengganti.
"Saya tidak mahu orang kata saya sedang membina satu dinasti. Kita tidak sepatutnya mempunyai dinasti politik di negara ini.
"Saya tidak mempengaruh pemilihan (Mukhriz). Ia sepenuhnya terserah pada kepemimpinan Umno. Jika mereka mahu memilihnya, mereka pilihlah," tambahnya.
Disoal lagi isu tersebut, Dr Mahathir enggan mengulas.