Idris: Bantahan macam 'isteri marah'
Siri bantahan beratus-ratus penyokong wakil rakyat yang digugurkan di Terengganu ibarat "isteri sedang marah" dan tidak wajar dilawan, kata pengerusi BN negeri Datuk Seri Idris Jusoh hari ini.
"Orang tengah marah... macam isteri kita juga, kalau tengah marah, kita lawan tak bolehlah... kita dengar dahulu, kita cool down dulu. Kalau kita lawan sama, habislah periuk mangkuk berterabur," katanya.
Bercakap kepada media selepas perbincangan kedua dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai senarai calon itu, Idris berkata presiden Umno tidak membuat sebarang perubahan.

"Perdana Menteri mengekalkan senarai lama tanpa perubahan terhadap pengumuman yang dibuat terdahulu," katanya seperti dilaporkan Bernama di lapangan terbang Kuala Terengganu, sekembali dari Putrajaya.
Desas-desus beberapa ini membayangkan akan berlaku perubahan nama calon di saat-saat akhir susulan siri bantahan tersebut.
Malaysiakini semalam melaporkan ratusan penyokong bekas wakil-wakil rakyat khususnya dari parlimen-parlimen Marang, Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Kemaman mengadakan demonstrasi sejak senarai itu diumumkan, termasuk di depan pejabat dan kediaman Menteri Besar.
Menurut laporan agensi berita itu lagi, Idris menyifatkan senarai calon yang diumumkan Rabu lalu itu sebagai "pasukan menang yang dinamis" kerana mereka "calon hebat" yang popular di tempat masing-masing.
Beliau menafikan tidak berunding sebelum menyenaraikan calon-calon tersebut.
Idris berkata calon-calon terpilih selepas merujuk pandangan banyak pihak termasuk semua ketua bahagian Umno, sayap-sayap Pemuda, Puteri dan Wanita, selain suara golongan profesional.
"Kita tidak boleh hanya mengeluarkan satu senarai suka hati pengerusi perhubungan tanpa merujuk kepada ketua bahagian. Tetapi terpilihnya (seseorang) adalah antara perbincangan dengan PM dan Timbalan Perdana Menteri serta setiausaha agung," katanya seperti dilaporkan.
Beliau juga yakin BN akan menang besar dalam pilihanraya umum 8 Mac ini.