DUN Chempaka jadi tumpuan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan adalah antara salah satu kerusi yang tumpuan kerana ia ditandingi oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam pilihanraya umum 2004, Nik Aziz mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 3,694 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ruhani Mamat. Nik Aziz mendapat 7,889 undi manakal Ruhani memperolehi 4195 undi.
Kali ini, Nik Aziz akan berdepan calon BN, Datuk Dr Nik Zain Omar dari Umno, yang sebelum ini bertanding kerusi Parlimen Pengkalan Chepa.
Pada 2004, Dr Nik Mohd Zain mendapat 14,399 undi dan tewas kepada calon PAS, Datuk Ab Halim Abdul Rahman yang memperolehi 20,621 dengan majoriti 6,222 undi.
Chempaka adalah antara tiga kerusi DUN dalam Parlimen Pengkalan Chepa. Dua lagi DUN adalah Panchor dan Kijang.
Keadaan di pusat penamaan calon pagi tadi dilaporkan meriah, dengan penyokong kedua-dua parti yang bertanding menyanyi lagu parti masing-masing.
Hujan dilaporkan turun sekejap tetapi tidak mengganggu kelancaran proses penamaan calon di situ.
Pihak media juga dilaporkan datang seawal jam 6.30 pagi.

