Malaysiakini BM kini percuma
Diterbitkan: Feb 24, 2008 2:27 PM | Dikemas kini: Feb 24, 2008 10:52 PM
Mulai hari ini, Malaysiakini edisi Bahasa Malaysia boleh dilayari secara percuma untuk membolehkan pembaca mengikuti perkembangan terkini persaingan sengit parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya umum ke-12.
Hari ini juga, Malaysiakini memperkenalkan edisi Tamil, MalaysiaIndru.com yang bermaksud 'Malaysia hari ini'.
Edisi terbaru ini hasil kerjasama Malaysiakini.com dengan Semparuthi Publications, penerbit majalah isu-isu semasa Semparuthi .
Ia juga boleh diperolehi secara percuma.

