Adik Shahidan kembali ke Arau
Hari ini mengesahkan Datuk Ismail, adik Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, yang tidak dicalonkan pada sebelah petang semalam akhirnya mewakili BN di kerusi parlimen Arau.
Beliau, pada sebelah pagi setelah diumumkan calon di kerusi itu tetapi dibatalkan tiga jam kemudian, sah bertanding dua penjuru dengan tokoh agama PAS Dr Haron Din.
Umno Perlis sebelum penamaan calon dilanda gegaran kuat akibat bantahan besar setelah Shahidan diura-ura tidak lagi bertanding di kerusi DUN.
Kira-kira 60 orang ahli jawatankuasa Umno, khususnya di Arau yang diketuai Shahidan, mengugut dengan meletakkan jawatan beramai-ramai pada pagi Jumaat tetapi menarik balik di sebelah petang setelah mendapati pengerusi BN itu dikekal di Tambun Tulang.
Shahidan, penyandang dengan majoriti 1,742 undi, akan dicabar Che Nordin Ahmad dari PAS pada 8 Mac ini.

