BERITA

Umno hantar perisik jejak 'pengkhianat'

Diterbitkan
Dikemaskini 26 Feb 2008, 12:53 tengahari

Umno mengirim perisik-perisik dari ibu pejabat untuk menjejak pemimpin dan ahli parti itu yang berkempen menentang beberapa calon BN yang tidak disenangi mereka.

Setiausaha kerja Umno negeri Datuk Ariffin Man, yang mendedahkan perkara kepada The Star , parti itu sedar kewujudan ejen-ejen tersebut dan memberi amaran "pengkhianat" agar berhati-hati.

Beliau dilaporkan hari ini berkata satu jawatankuasa khas ditubuhkan, kebanyakannya pegawai ibu pejabat Umno, berada di negeri itu dan bergerak dengan menyamar.

Seperti di beberapa negeri lain, Umno Kedah berdepan dengan perselisihan dalaman berhubung pengguguran wakil rakyat dan juga kehadiran calon baru.

Beberapa bilik gerakan belum dibuka sejak hari pencalonan pada Ahad lepas.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.