Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hisham: Permatang Pauh dah bosan PKR
Diterbitkan:  Feb 27, 2008 3:12 PM
Dikemaskini: 2:32 PM

Pengundi parlimen Permatang Pauh, kerusi tunggal yang disandang PKR, sudah bosan dipermain-main pemimpin parti itu, kata ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.

Kerusi itu menyaksikan persaingan dua penjuru antara presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan pencabarnya pada 2004, calon BN Datuk Pirdaus Ismail, yang juga bekas imam Masjid Negara.

Timbalan pengerusi Umno bahagian itu tewas di tangan Dr Wan Azizah dengan majoriti tipis, 590 undi.

Hishammuddin, yang juga penyelaras kempen BN di parlimen itu dan calon BN Sembrong, dilaporkan berkata "pengundi kawasan itu kini sedar dengan permainan kotor pemimpin parti itu."

"Yang bersungguh-sungguh berkempen (di Permatang Pauh) adalah Wan Azizah, tetapi gambar dan poster yang digantung adalah Anwar Ibrahim (penasihat PKR dan suami Dr Wan Azizah), jadi nak bertanding apa ini?" kata Hishammuddin seperti laporan Bernama .

"Ini semata-mata untuk menang pilihan raya, dan kemudiannya melupuskan kerusi itu kepada orang lain menerusi pilihanraya kecil."

Beliau mengulas kenyataan Dr Wan Azizah untuk memberi laluan kepada suaminya itu, yang pernah menguasai kerusi itu sejak 1982 hingga 1995, bertanding dalam pilihanraya kecil jika calon PKR sekarang berjaya mempertahankannya tiga penggal berturut-turut sejak 1999.

wan azizah Dr Wan Azizah hari ini dilaporkan berkata beliau memaklumkan perkara itu lebih awal kepada pengundi kerana beliau jujur dan tidak berniat mempermainkan-mainkan sokongan mereka.

Anwar dilarang memegang jawatan politik dan bertanding dalam pilihanraya sehingga April ini susulan dijatuhkan hukuman bersabit kes rasuah pada April 1999. Kes liwatnya telah diketepikan oleh mahkamah.

ADS