Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR nafi minta calon bebas tarik diri
Diterbitkan:  Feb 27, 2008 3:47 PM
Dikemaskini: 7:51 AM

Parti Keadilan Rakyat hari ini menafikan pemimpin-pemimpin tinggi parti itu mendesak calon bebas di Lembah Pantai, N. Periasamy, menarik diri daripada bertanding menentang calonnya Nurul Izzah Anwar dan BN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam satu kenyataan ringkas, timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali berkata kenyataan calon bebas itu "tidak berasas dan berniat jahat."

Periasamy dilaporkan berkata pucuk pimpinan PKR dan beberapa ahli MIC memintanya menarik diri daripada bertanding.

Beliau menyatakan pendiriannya untuk berundur hanya jika seorang daripada lima pemimpin Pasukan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf), kini ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dibebaskan.

"Saya bukan mengugut kerajaan tetapi hanya mahu memastikan kesejahteraan keluarga tahanan ISA itu kerana jika dia bersalah, dia patut dibicarakan dan dihukum, tidak perlu libatkan keluarganya dalam kesengsaraan," beliau dipetik sebagai berkata.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS