Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Iklan khas untuk pengundi atasan India
Diterbitkan:  Feb 27, 2008 5:49 PM
Dikemaskini: 2:17 PM

MIC akan memuatkan tiga lagi siri iklan yang ditujukan khas kepada pengundi kelas atasan kaum itu yang dianggapnya tidak meyedari sumbangan parti itu, kata presidennya MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

Satu siri iklan itu telah dimuatkan di dua akhbar berbahasa Inggeris hari ini, The Star dan New Straits Times .

Iklan satu halaman penuh itu, dengan logo Barisan Nasional, disiarkan dua akhbar tersebut masing-masing di halaman 15 dan tujuh.

Bertajuk "MIC Cares: The power of the truth", ia memuatkan tiga kolum "who says MIC has not done enough", "MIC has never said 'no'!" dan "MIC has always said yes".

Samy Vellu berkata partinya memilih akhbar bukan berbahasa Tamil kerana kelas atasan kaum itu membaca akhbar-akhbar tersebut.

samy vellu  010307 "Masyarakat kelas atasan kaum India di Malaysia tidak tahu apa yang telah kita lakukan untuk masyarakat India di negara ini kerana mereka tidak baca surat khabar dalam Bahasa Tamil dan banyak berita kita pun bukannya terbit dalam surat khabar tiap-tiap hari," katanya seperti dilaporkan Bernama .

"Oleh kerana itu mereka memutuskan iaitu MIC tidak membuat apa-apa bantuan kepada masyarakat India."

Beliau juga mengecam parti-parti pembangkang yang didakwanya menggunakan unsur-unsur kekerasan dan demonstrasi untuk menyampaikan idea-idea mereka.

"Kalau betul-betul dia (PKR) mahu mengadakan satu peperangan, kita (MIC) boleh juga menunjukkan peperangan. Kita juga boleh menunjukkan kekuatan kita," Samy Vellu dipetik sebagai berkata, mengulas kejadian beliau dikerumuni oleh penyokong pembangkang di Lunas, Kedah semalam.

"Kita ada beberapa ribu pemuda tapi mereka semua mengikut undang-undang. Keadilan (PKR) dan juga parti pembangkang sahaja yang suka menggunakan kekerasan," katanya.

ADS