BN menang, PKR tarik diri
Calon BN DUN Gum-Gum, Sabah menang tanpa bertanding selepas calon PKR Mohaspa Mohd Hassan menarik diri daripada terus bertanding hari ini.
Penyandang kerusi itu, dari Umno, Datuk Zakaria Mohd Edris menang pada tahun 2004 dengan majoriti 2,498 undi.
Kemenangan ini menjadikan BN menguasai semuanya 11 kerusi, termasuk lapan parlimen, tanpa bertanding.
Semalam BN menang di kerusi parlimen Igan di Sarawak apabila calon bebas menarik diri.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membenarkan calon-calon menarik diri sehingga 12 tengah malam ini.
Pada hari penamaan calon Ahad lalu, BN menang satu kerusi DUN di Sabah, menjadikan hingga kini tiga kerusi negeri jatuh ke tangan parti itu. Satu lagi kerusi dimenangi di Sementa, Selangor.
Calon dan kerusi parlimen yang dikuasai BN:
Datuk Azalina Othman Said - Pengerang, Johor (Umno)
Tan Sri Joseph Kurup – Pensiangan (PBRS)
Datuk Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan, Sabah (Umno)
Norah Abdul Rahman - Tanjung Manis, Sarawak (PBB)
Datuk Wahab Dolah – Igan (PBB)
Aaron Ago Dagang - Kanowit, Sarawak (PRS)
Joseph Entulu Belaun - Selangau, Sarawak (PRS)
Alexander Nanta Linggi - Kapit, Sarawak (PBB)
Di peringkat DUN:
Selangor - Datuk Abdul Rahman Palil – Sementa (Umno)
Sabah - Datuk Ramlee Marbahan - Bugaya (Umno)
Sabah - Datuk Zakaria Mohd Edris - Gum-Gum (Umno)
Sementara satu lagi kemenangan tanpa bertanding dikecapi calon PAS, Wan Ubaidah Omar di DUN Kijang, Kelantan.

