Mengumpat versi PAS dan Umno
Himpunan tuduhan, hujah dan hujah balas dalam senario perang mulut parti-parti yang bertanding pada pilihanraya umum 2008.
Umno: Mengumpat dilarang agama
Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi:
"Saya hairan kenapa presiden sebuah parti Islam boleh buat fatwa begitu. Ini ditegah oleh agama kita, tak kan dia tak faham. Kenapa mesti dia lakukan begitu.
"Dia memimpin sebuah parti Islam tetapi dia pimpin dan ajar orang buat tak elok. Dulupun dia keluarkan macam-macam fatwa juga. Dia rajin keluarkan fatwa sebenarnya."
PAS: Boleh umpat wakil rakyat
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang:
‘Tidak salah mendedahkan keburukan-keburukan yang pernah mereka (wakil rakyat) lakukan sebelum ini.
"Yang dituduh kena jawab, kalau tidak lepas jawab, rakyat akan hukum kerana rakyat dengar apa yang mereka katakan. Ini dinamakan demokrasi.
"Sesetengah ustaz kata tidak boleh mengumpat, dia sebenarnya ‘dok tahu kale’ (tidak tahu-menahu). Ulama-ulama kita telah mengarang satu kitab yang membenarkan kelemahan, kerosakan dan kejahatan seseorang itu didedahkan."

