Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pak Lah: Peristiwa 1999 tidak akan berulang
Diterbitkan:  Mar 1, 2008 7:34 PM
Dikemaskini: 11:40 AM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin tidak akan berlaku pertukaran kerajaan di Terengganu yang kini ditadbir Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ini sepertimana yang berlaku dalam pilihanraya umum 1999.

"Saya tidak fikir peristiwa pada (pilihanraya umum) 1999 akan berulang di Terengganu," katanya dalam sidang media di Terengganu.

Katanya, rakyat Terengganu sehingga kini tidak menunjukkan hasrat dan keinginan untuk berbuat demikian, demikian menurut laporan Bernama.

Perdana Menteri berkata pelbagai projek pembangunan dilaksanakan di negeri itu sejak BN mengambil alih dari PAS dalam pilihanraya umum 2004.

"Kerajaan Terengganu di bawah kepimpinan (Menteri Besar) Datuk Seri Idris Jusoh telah membuktikan kebolehan untuk membuat perubahan," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS