Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SMS minta jangan sokong BN
Diterbitkan:  Mar 2, 2008 3:36 PM
Dikemaskini: 7:38 AM

Timbalan Menteri Penerangan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta polis menyiasat perbuatan menyebarkan SMS yang didakwanya berbau perkauman dalam pilihanraya umum kali ini.

Katanya, SMS tersebut turut meminta penerimanya jangan menyokong calon Barisan Nasional (BN) 8 Mac ini kerana mendakwa mereka hanya membantu satu kaum tertentu sahaja.

Bercakap kepada pemberita di Bagan Datoh, Perak, Ahmad Zahid berkata SMS tersebut turut ditujukan kepada pengundi India di kawasan parlimen Bagan Datoh

dan seluruh negara supaya jangan mengundi calon BN.

"SMS seperti itu berniat jahat dan tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh mewujudkan ketegangan kaum di negara ini," katanya sambil menambah beliau turut menerima SMS tersebut.

Menurut Bernama, Ahmad Zahid akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datoh dalam pilihanraya umum kali ini dan salah satu daripada dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan parlimennya - Hutan Melintang - ditandingi calon MIC.

Katanya, perbuatan menyebar SMS seumpama itu boleh diambil tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri perkara 73(1) 73(2) dan 73(3) atas kesalahan menghasut.

"Saya bimbang jika perkara ini tidak dibendung ia boleh merosakkan keharmonian hubungan kaum dan toleransi keagamaan yang selama ini terjalin erat di negara ini," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS