BERITA

Khairy: Pos PAS kosong, ceramah tak ramai

Muda Mohd Noor

Diterbitkan
Dikemaskini 4 Mac 2008, 7:15 pagi

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, beliau terkejut melihat pos-pos pilihanraya PAS kosong dan ceramah parti pembangkang itu juga tidak seramai dahulu.

Katanya, ia petanda bahawa angin perubahan telah datang dan Barisan Nasional (BN) sudah sedia untuk menawan Kelantan dalam pilihanraya umum kali ini.

Khairy yang juga naib ketua pemuda BN menegaskan demikian dalam ceramahnya untuk membantu calon BN Parlimen Kubang Krian dan Dewan Undangan Negeri dalam kawasan tersebut semalam.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli dan pemimpin Umno supaya mengelak berlaku perpecahan sesama dendiri dalam tempoh tiga hari terakhir ini.

"Masalah lama yang membabitkan calon janganlan diungkit lagi. Manakala calon pula hendaklah menjaga hati pengundi," tambahnya.

Khairy berkata, jika BN tidak boleh menang dalam pilihanraya kali ini, beliau tidak tahu bila lagi akan menang.

Katanya, tidak ada sebab lagi rakyat Kelantan mahu terus mengekalkan PAS kerana selama 8 tahun di bawah pemerintahannya, rakyat hiudp menderita dan miskin.

Dalam pada itu, Khairy menyindir lambang bulan PAS yang menurutnya kosong dan tiada sebarang erti.

"Bulan akan hancur pada hari kiamat nanti, dacing (logo BN) kekal untuk menimbang," katanya lagi.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.