Penat, kempen terlalu lama
Diterbitkan: Mar 6, 2008 2:39 PM | Dikemas kini: Mar 6, 2008 2:40 PM
Tempoh berkempen selama 13 hari pada pilihanraya umum 2008 dikatakan suatu masa yang begitu lama dan memenatkan calon-calon yang bertanding, kata Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin.
Beliau dilaporkan menerima banyak sungutan mengenai tempoh panjang tersebut dan banyak pihak mengaku telah "kepenatan" berkempen.
"Tempoh yang begitu lama itu mungkin harus dikaji semula agar tempoh berkempen bersesuaian dan efisyen", Zainuddin dipetik sebagai berkata.
Menurut laporan Bernama , beliau bagaimanapun menyifatkan tempoh itu sebagai bukti bahawa sistem demokrasi di negara ini sebagai adil kerana kerajaan memberi ruang yang lama kepada semua pihak untuk berkempen.

