Seorang pemimpin PAS mendakwa, beratus-ratus buah bas diiringi polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) masuk ke Terengganu.
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mendakwa bas-bas bertali arus masuk ke negeri tersebut.
“(Ia) menimbulkan syak wasangka," katanya, yang juga calon kerusi negeri Batu Buruk, kepada Malaysiakini .
Dipercayai bas-bas tersebut membawa pengundi hantu ke pusat-pusat pengundian di negeri itu.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya mengenai laporan PAS menahan bas-bas tersebut masuk ke Terengganu pagi tadi.
Seorang pagi pemimpin PAS, Mustafa Ali tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan laporan bahawa enam buah bas telah ditahan oleh penyokong PAS di Jabor dan Kemaman.
Dilaporkan bahawa pemandu bas terbabit dipukul dan terpaksa dirawat di hospital.
Semalam, PAS mendakwa 190 buah bas akan digunakan untuk membawa masuk pengundi luar untuk membantu BN mengekalkan Terengganu.
