Kelantan kekal di tangan PAS apabila menang di 39 daripada 45 kerusi Dewangan Undangan Negeri (DUN).
Kemenangan ini diumumkan oleh PAS dalam sidang media Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lewat malam ini.
Maklumat tidak rasmi kemenangan besar itu sudah sampai di bilik gerakan PAS pada 8.30 tadi, kata satu sumber parti kepada Malaysiakini .
BN hanya mampu bertahan di enam kerusi negeri: Pengkalan Kubor, Kok Lanas, Bukit Bunga, Kuala Balah, Nenggiri dan Paloh.
Calon Menteri Besar harapan BN Datuk Dr Awang Adek Hussin, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, kalah di DUN Perupok.
Malah beliau gagal mempertahankan kerusinya di Bachok.
Seorang lagi tokoh BN negeri Datuk Seri Annuar Musa tewas di parlimen Ketereh.
