Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perak sertai liga pembangkang
Diterbitkan:  Mar 9, 2008 12:48 AM
Dikemaskini: 10:36 PM

Setelah satu demi satu negeri jatuh ke tangan pembangkang, Perak juga tidak dapat menahan gelombang besar itu apabila pembangkang bakal membentuk kerajaan dengan kelebihan tiga kerusi.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN, pembangkang merebut 31 kerusi dengan meninggalkan BN 28 kerusi sahaja.

DAP menang di 18 kerusi , PKR (tujuh) dan PAS (enam).

Seperti di Pulau Pinang dan Selangor, Perak akan menyaksikan kerajaan campuran antara, sekurang-kurangnya, dua parti yang mengumpulan jumlah kerusi terbanyak.

ADS