Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hanya Umno menang di P Pinang
Diterbitkan:  Mar 9, 2008 3:30 AM
Dikemaskini: 10:13 PM

Hanya Umno yang berjaya mempertahankan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya di Pulau Pinang, manakala parti komponen BN yang lain - MCA, MIC dan Gerakan - tewas di semua kerusi.

Kecuali Umno, parti-parti komponen BN juga tewas di semua kerusi parlimen yang ditandingi calon-calon mereka.

Umno memenangi 11 kerusi DUN, iaitu Seberang Jaya, Penaga, Bertam, Pinang Tunggal, Sungai Acheh, Permatang Berangan, Sungai Dua, Teluk Air tawar, Bayan Lepas, Pulau Betong dan Teluk Bahang.

Pembangkang berjaya merampas Pulau Pinang. DAP menang 19 kerusi DUN iaitu Berapit, Padang Lalang, Perai, Sungai Puyu, Bagan Jermal, Bagan Dalam, Jawi, Datok Keramat, Sungai Pinang, Batu Lancang, Air Putih, Pulau Tikus, Tanjong Bunga, Padang Kota, Pengkalan Kota, Komtar, Seri Delima, Air Itam dan Paya Terubong

PKR memenangi sembilan kerusi DUN, iaitu Machang Bubuk, Penanti, Bukit Tengah, Bukit Tambun, Sungai Bakap, Batu Uban, Pantai Jerejak, Batu Maung dan Kebun Bunga. Manakala PAS memenangi sebuah kerusi DUN, iaitu Permatang Pasir,

DAP juga memenangi tujuh kerusi parlimen, iaitu Bukit Mertajam, Batu Kawan, Bagan, Jelutong, Bukit Bendera, Tanjong dan Bukit Gelugor

PKR pula menang empat kerusi parlimen, iaitu Permatang Pauh, Nibong Tebal, Bayan Baru dan Balik Pulau

Umno pula menang kerusi Kepala Batas yang diwakili Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Tasek Gelugor (Menteri Kewangan, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob).

ADS