Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DEB: Umno demo bantah Guan Eng
Diterbitkan:  Mar 14, 2008 6:58 AM
Dikemaskini: 1:59 PM

kemaskini 5:40pm Lebih kurang 1,000 penyokong Umno Pulau Pinang, yang diketuai setiausaha parti itu Azhar Ibrahim, berkumpul di kaki bangunan Komtar sebagai membantah kenyataan Ketua Menteri yang baru, Lim Guan Eng.

penang komtar umno protest 140308 anwar traitor banner Kumpulan itu sempat berkumpul kira-kira satu jam selepas sembahyang Jumaat, kemudian beredar.

Tiada kejadian buruk dilaporkan.

Bersama beberapa sepanduk, kumpulan itu melaungkan slogan-slogan, antaranya 'jangan pinggirkan Melayu' dan 'jangan hapuskan DEB'.

Beberapa tokoh Umno negeri menyampaikan ucapan di demonstrasi itu, termasuk bekas timbalan ketua menteri Abdul Rashid Abdullah, wakil rakyat Sungai Dua - Jasmin Mohamed, dan ketua bahagian Bukit Mertajam, Musa Sheikh Fadzir.

penang komtar umno protest 140308 fru2 Mereka membantah kenyataan Guan Eng pada Selasa yang mahu menghapuskan Dasar Ekonomo Baru (DEB) yang telah membiakkan amalan rasuah dan kronisme.

Kira-kira 3,000 orang ramai pula melihat perhimpunan tersebut dari sekeliling Komtar, yang memuatkan pejabat kerajaan negeri dan pusat membeli-belah, sehinga menyebabkan beberapa kedai ditutup buat sementara waktu.

Lapan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bersama kenderaan meriam air dikerahkan ke tempat kejadian.

penang komtar umno protest 140308 blockade Beberapa kain pemidang dan poster dirampas oleh polis, tetapi tiada tangkapan dibuat.

Kumpulan itu bersurai sejurus selepas polis memberikan arahan bersurai.

ADS