Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB Perak angkat sumpah esok
Diterbitkan:  Mar 16, 2008 12:03 PM
Dikemaskini: 4:08 AM

Majlis angkat sumpah jawatan menteri besar Perak akan diadakan pada jam 11.30 pagi esok di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Perak, Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor hari ini.

perak cm mb mohamad nizar jamaluddin Dalam kenyataannya kepada Bernama, Abdul Rahim berkata pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah telah berkenan mengadakan majlis tersebut.

Sehari sebelum setiausaha PAS Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS, dijadual mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak Khamis lalu, pemimpin DAP, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan mengarahkan semua 18 wakil rakyat DAP di negeri itu supaya jangan menghadiri majlis tersebut.

Beliau bagaimanapun menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada sultan dan pemangku sultan Perak.

Bagaimanapun, pada sebelah paginya, PKR pula mengancam akan keluar dari kerajaan campuran dengan DAP dan PAS, kerana kerana tidak bersetuju dengan pembahagian kerusi exco negeri.

Perkara itu selesai selepas mesyuarat antara ketiga-tiga parti berkenaan memutuskan PKR diberikan tiga jawatan exco berbanding satu saja sebelum itu.

DAP pula mendapat enam kerusi exco berbanding lapan dalam peruntukan awal manakala PAS kekal dengan satu kerusi exco, selain jawatan Menteri Besar.

Berikutan ketidaksefahaman antara ketiga-ketiga parti yang menganggota kerajaan campuran di Perak itu, maka Raja Dr Nazri telah menangguhkan majlis angkat sumpah menteri besar.

Baginda juga menitahkan kesemua 31 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari DAP, PKR dan PAS menandatangani surat persetujuan menubuhkan kerajaan campuran dan menerima pelantikan Mohammad Nizar, yang juga Adun Pasir Panjang, sebagai menteri besar.

Surat berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Abdul Rahim untuk dipersembahkan kepada Raja Dr Nazrin Shah pada jam 5.30 petang Jumaat.

ADS