Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM sangkal usul undi tidak percaya
Diterbitkan:  Mar 18, 2008 3:58 PM
Dikemaskini: 8:19 PM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyangkal khabar angin mengenai wujudnya rancangan mengadakan undi tidak percaya terhadap beliau.

Sebaliknya, kata Abdullah, beliau mendapat sokongan padu Umno.

Perdana Menteri juga berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

abdullah ahmad badawi pak lah Menurut Bernama , beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai spekulasi adanya usaha mengusulkan undi tidak percaya terhadap beliau di perhimpunan agung Umno - dijangka diadakan pertengahan tahun ini - dan juga hubungannya dengan Najib.

"Apa yang saya tahu, saya masih di sini. Saya telah diberikan satu mandat yang amat kukuh, saya percaya... hanya kurang lapan kerusi untuk mendapat majoriti dua pertiga.

"Saya bukannya seorang yang lari daripada mandat yang telah diberikan kepada saya.

"Mereka (pengundi) telah memberikan saya undi mereka dan adalah menjadi hasrat saya untuk meneruskannya.

"Saya mendapat sokongan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan barisan Kabinetnya di Perdana Putra di Putrajaya.

Mengenai hubungannya dengan Najib, beliau berkata: "Saya mempunyai hubungan paling baik dengan Najib.

"Anda yang bertanya mengenainya... orang membuat tuduhan mengenai banyak perkara."

ADS