Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Selepas menang, PAS diganggu info liar
Diterbitkan:  Mar 18, 2008 4:55 PM
Dikemaskini: 12:05 PM

PAS kelihatan sedang berusaha menjelaskan, dan menafikan, sebaran maklumat palsu yang melibatkan imej parti itu susulan kemenangannya bersama DAP dan PKR di beberapa negeri.

nik aziz 02 Semalam parti itu menafikan mursyidul amnya dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan berceramah di Selangor minggu depan.

Maklumat itu disebarkan melalui SMS, tetapi parti itu menyatakan tiada program seumpama itu dirancang pada tanggal tersebut.

Bagaimanapun menurut seorang pegawai parti, parti-parti pembangkang yang menguasai Selangor bercadang mengadakan satu program di Stadium Melawati pada 31 Mac - tetapi tidak melibatkan Nik Aziz.

Pegawai itu memberitahu Malaysiakini hari ini, sebaran itu mungkin dilakukan oleh para penyokong parti yang "terlalu ghairah" dengan kemenangan pembangkang di negeri itu.

Hari ini PAS Perak pula menafikan menyebarkan risalah yang mendakwa parti itu akan menegakkan negara Islam di negeri itu dan memperkenalkan beberapa dasar seperti dilaksanakan di Kelantan.

Dakwaan dalam risalah itu yang menggunakan nama dan logo PAS, antaranya, kerajaan negeri yang diketuai wakil PAS Ir Mohamad Nizar Jamaluddin akan menutup pusat hiburan dan judi. .

Ia juga mendakwa PAS akan memperkenalkan undang-undang Hudud apabila situasi politik sudah stabil, lapor laman web Star Online .

Ketua penerangan PAS negeri, Misbahul Munir, dilaporkan telah membuat laporan polis Ahad lalu.

ADS