Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perhimpunan bantah hapus DEB
Diterbitkan:  Mar 19, 2008 7:17 PM
Dikemaskini: 2:53 PM

Hampir 1,000 orang menyertai Himpunan Melayu Selangor di Dataran Merdeka Shah Alam petang tadi sebagai membantah cadangan kerajaan campuran pembangkang di Selangor untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

umno selangor shah alam nep protest 190308 03 Perhimpunan itu yang diketuai oleh ketua Pemuda Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus, turut menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor.

Memorandum tersebut diterima oleh setiausaha sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

Ia antara lain meminta menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak mengingkari perintah Sultan Selangor berhubung jawatan timbalan menteri besar.

Memorandum itu juga menggesa agar wakil bukan Melayu tidak dilantik sebagai timbalan menteri besar, manakala komposisi ahli exco hendaklah mengikut nisbah 60 peratus Melayu dan 40 peratus bukan Melayu.

umno selangor shah alam nep protest 190308 02 Memorandum itu juga mengecam pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang dituduh telah "menghina ketuanan Melayu".

Berjalan secara aman

Mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut, yang berjalan secara aman, terdiri daripada ahli-ahli badan bukan kerajaan (NGO) sertai dari parti-parti politik.

Anggota polis kelihatan berkawal di sekitar dataran tersebut sepanjang perhimpunan itu berjalan.

Mereka turut membawa sepanduk, antara lain, menyatakan bantahan terhadap langkah memansuhkan DEB dan mengecam DAP.

umno selangor shah alam nep protest 190308 01 Perhimpunan itu juga dipenuhi dengan ucapan yang membantah cadangan Selangor untuk menghapuskan DEB.

Ia bermula kira-kira jam 3 petang dan orang ramai bersurai kira-kira setengah jam kemudian kerana hujan turun.

Mereka turut melaungkan slogan "Hidup Melayu" dan "Daulat Tuanku" berharap Sultan Selangor diberikan kekuatan untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu.

ADS