Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengingatkan bahawa partinya dan masyarakat India tidak boleh lagi menerima alasan atau bertolak ansur tentang kelewatan pihak berkuasa dalam melaksanakan program dan rancangan yang dipersetujui sebelum ini.

"Kami mahu tindakan segera dan konkrit dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

samy vellu Menurutnya, MIC telah mengemukakan beberapa laporan tentang cara yang wajar diambil oleh kerajaan bagi membantu masyarakat India dalam beberapa bidang.

Bernama memetik beliau menyelar sikap pembangkang yang lebih gemar mengambil kesempatan daripada apa yang mereka dakwa sebagai kegagalan kerajaan dalam menangani masalah kaum India dan bukannya menumpukan perhatian mereka terhadap

Samy berkata, MIC berharap kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan pelbagai program dan rancangan yang telah dijanjikan kepada masyarakat India sebelum pilihanraya umum lalu.

Kelewatan berbuat demikian, tegasnya, akan menimbulkan kebimbangan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka.

"Kami mahu masyarakat India bergerak maju seiring dengan masyarakat lain," katanya lagi.