Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno: Wakil PKR mahu lompat
Diterbitkan:  Mar 22, 2008 11:50 PM
Dikemaskini: 8:33 PM

Sebagai reaksi balas terhadap desas-desus percubaan wakil-wakil rakyat keluar BN, Pemuda Umno pula mendakwa kini terdapat wakil-wakil PKR ingin meninggalkan parti itu akibat kecewa dengan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya ingin mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran," kata penolong setiausaha Pemuda Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Tambahnya, beliau menerima panggilan telefon daripada beberapa wakil rakyat muda PKR yang ingin melompat kepada BN.

"Jangan terkejut nanti kerana yang akan melompat parti adalah wakil rakyat PKR yang akan masuk Umno kerana tidak diberi jawatan dalam kerajaan di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak."

Menurut Bernama , yang memetik kenyataan Abdul Rahman, ahli parlimen BN tiada sebab menyertai parti PKR, DAP atau PAS kerana kerajaan persekutuan masih dikuasai BN.

Parti itu hanya memerlukan lapan wakil rakyat untuk mendapat majoriti dua pertiga berbanding 30 wakil yang diperlukan pakatan PKR, PAS dan DAP untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah, tambahnya.

ADS